Aktor Bollywood Salman Khan Kena Patuk Ular
1 min read
Aktor Bollywood terkenal dengan pelbagai kontroversi, Salman Khan.
Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.
Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular itu daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.
“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya. Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali,” kata Salman kepada pemberita selepas keluar dari hospital.
Pelakon berusia 56 tahun itu berkata beliau diberi rawatan antivenom ular dan berada di hospital selama enam jam.
Salman membintangi banyak filem blokbuster sepanjang tiga dekad kerjaya hiburannya.
Biasanya kalau dalam filem lakonannya, dia berlawan dengan berpuluh orang jahat sekaligus, ditembak berdas-das pun susah nak mati tapi sekali di alam realiti kena patuk ular, kena duduk di hospital sampai enam jam. – SEPATAH DUA