Masalah Banjir Lama Masih Tak Selesai, Kenapa Hendak Saman Perdana Menteri?
2 min read
Ini gambar semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih melawat mangsa banjir dan semalam beliau melawat mangsa di Puchong.
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib menggesa mangsa banjir di Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah satu tindakan yang tidak adil dan berat sebelah.
Menurut kata Saari, Ismail Sabri tidak mempedulikan nasib rakyat Selangor kerana didakwa lambat memberikan bantuan kepada rakyat negeri Selangor selepas banjir mulai teruk pada Sabtu 18 Disember 2021.
Katanya, Perdana Menteri tidak memberikan bantuan segera pada lewat Jumaat sehari sebelumnya.
Dua hari lepas Pegawai Khas Perdana Menteri Wan Khairul Ihsan ada mengeluarkan video menerangkan tentang Peraturan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Arahan No. 20 yang menjelaskan peringkat pengagihan bantuan di peringkat negeri.
Menurut beliau di dalam video itu, ketika bencana di peringkat negeri iaitu peringkat ke-2, pihak negeri ada mempunyai jawatankuasa pengurusan bencana yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan keadaan dalam negeri perlu dimaklumkan kepada peringkat pusat.
Difahamkan, jawatankuasa di peringkat negeri lambat memaklumkan ke peringkat pusat maklumat tahap kesan yang dialami negeri Selangor akibat banjir.
Susulan itu, Ismail Sabri memanggil Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara untuk bermesyuarat seterusnya dengan segera mengerakkan aset pihak berkuasa untuk ke Selangor untuk memberikan bantuan.
Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri juga bermesyuarat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada malam itu juga sehingga lewat malam.
Awal pagi pula, Ismail Sabri dan beberapa pegawainya berada di Bukit Lanchung untuk meninjau keadaan banjir di sana.
Berbalik pada isu Saari, katanya beliau berasa bahawa Ismail Sabri ada niat jahat terhadap kerajaan Selangor.
“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor?
“Dengan itu, saya menyeru rakyat Selangor terutama yang menjadi mangsa banjir ini mempunyai bukti-bukti untuk membuat dakwaan mala fide dan pengkhianatan Ismail Sabri terhadap mereka di mahkamah,” katanya menurut laporan MalaysiaKini.
Kemudian rakyat Selangor juga boleh turut sanma memfailkan saman ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kerana turut sama lambat memberikan bantuan ke atas penduduk Selangor
Bukan itu sahaja kegagalan kerajaan negeri Selangor, malah masalah banjir di kawasan Seksyen 13 yang seringkali berlaku bila hujan lebat masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.
Kawasan yang juga kerap banjir di Sri Muda juga kerajaan negeri Selangor masih tidak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.
Dengan Perdana Menteri turun sendiri sehingga ke awal pagi berjumpa dan bersama dengan mangsa banjir, adakah wajar ia dibalas dengan tindakan saman?