Dari Mata Kita : Jangan Terpedaya Dengan Taktik Salah Menyalahkan Kerajaan
3 min read
Suasana banjir di Taman Mutiara, Dengkil pada 20 Disember lepas. - Foto BERNAMA.
Kadangkala atas sebab tertentu dek orang lain, ada orang sampai bermusuhan sesama sendiri tanpa mempedulikan dasar persahabatan.
Kalau diamati kisah bencana banjir terbaharu yang melanda Malaysia sejak 18 Disember lepas mungkin ada kejadian yang berlaku disebabkan kelemahan pihak lain tetapi ada satu pihak bertelagah sesama sendiri menyalahkan antara satu sama lain.
Menurut portal politikmalaysia.com, mereka ada menerima satu emel dari pembaca yang menjelaskan perkara itu dan ia nampak benar-benar berlaku.
Email dari Norita Helmi menyatakan bencana banjir kali ini turut mengakibatkan kesan yang teruk ke atas negeri Selangor sehingga beberapa lokasi terjejas antaranya Hulu Langat, Semenyih dan Shah Alam.
Pada hari pertama banjir itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga awal pagi dilihat berada di lokasi banjir melihat tahap kerosakan yang berlaku dan meninjau keadaan mangsa banjir.
Bagaimanapun, di media sosial tindakan itu dikecam dan beliau dituduh lambat bertindak.
Bukan itu sahaja, ada kritikan yang menyalahkan setiap langkah yang dibuat Ismail Sabri.
“…saya amat perasan apa saja yang dibuat di Selangor nampaknya semua tak betul. YAB PM turun seawal banjir lebih awal dari MB Selangor pun masih dikatakan lambat.
“PM turun ke PPS dikatakan berlakon. PM turun untuk program membersihkan kesan banjir di semua kawasan bencana dikatakan menunjuk.
“Bagi RM1000 dikatanya tak cukup. Diberikan pinjaman tanpa faedah dan tak perlu bayar selama 6 bulan dikatakan buat apa nak buat hutang. Akhirnya nak jugak duit EPF RM10k atas alasan duit mereka.Hak mereka,” kata Norita.
Sampai satu kebaikan pun tidak kelihatan ada yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mangsa.
Negeri Selangor yang dilanda banjir ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan blok pembangkang di Parlimen. Oleh sebab itu, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Naib Presiden UMNO nampak salah kerana kritikan diberikan oleh pengundi yang mengundi PH.
“Bencana ni berlaku di negeri pembangkang. Negeri ini diperintah oleh parti PH. Sudah pastilah rakyat yang terlibat dengan bencana ni Majoritinya pemangkah dan pengundi pembangkang.
“Dari situ saya sedar kenapa semua yang kerajaan buat jadi tak cantik dan dilihat dari sudut yg salah. Semua tak betul. Sampai bab ambulan yang datang kemudian dari konvoi PM pun jadi isu. Allahuakbar,” katanya.
Oleh kerana permainan ini, orang dalam UMNO dan sahabat mereka sampai terikut-ikut sama mengutuk dan mengecam Ismail Sabri.
“Rakyat termakan mainan politik terjerat pembangkang PH. Mereka gerakkan semua bala tentera mereka untuk guna strategi “BlameGame”.
“Mereka divert isu gegagalan kerajaan PH Selangor kepada kesalahan kerajaan pusat. Mereka tutup kelemahan ADUN-ADUN pembangkang dengan mencari salah menteri dan agensi kerajaan pusat.
“Mereka tak lihat ahli-ahli parlimen mereka tetapi mereka tutup dengan gambar memalukan ahli parlimen kerajaan,” katanya.
Norita berkata kalau lihat bencana banjir yang berlaku di negeri lain seperti di Pahang, Terenganu, Kedah dan Perak tak ada pun dikritik dan dikutuk kerana ia adalah negeri yang diperintah oleh parti dari kerajaan pusat.
Sebagai rakyat dan orang dalam parti yang dikenali sebagai UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya termakan dengan taktik salah menyalahkan oleh kumpulan PH ini kerana ia akan kembali membunuh UMNO sepertimana berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tidak kira siapa Perdana Menteri asalkan dari UMNO mereka akan serang dan kutuk selagi boleh. Siapa Ismail Sabri sebelum ini, beliau tiada isu besar sehingga pentabirannya hendak dikritik dan dikutuk sebegitu rupa.
Dari mata kita, kita yang melihat jangan kita yang sesat kerana tidak dapat melihat dengan betul.