Hilang Mainan Dihanyutkan Banjir, Budak Lelaki Tersenyum “Menyerah Jer Lahh,”
1 min read
Tahap pemikiran kanak-kanak biasanya masih mentah dan ada kala dugaan yang berlaku ke atas mereka, mereka tidak dapat menerimanya dengan positif.
Perasaan itu tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak yang videonya tular dari aplikasi Tiktok melalui perkongsian pengguna @annejustanne yang boleh menerima takdir bahawa mainan yang dibeli sudah hilang.
Mainan robot yang dibeli oleh kanak-kanak lelaki ini hilang selepas ia dihanyutkan air kerana banjir.
Menurut kanak-kanak itu, robot berkenaan baru dibeli dan baru sampai ke rumah tetapi keesokannya sudah hanyut kerana air banjir sudah masuk ke rumah ke paras pinggang.
“Yang paling saya sedih, robot yang baru saya beli tu, dah kena siram dengan air.
“Masa saya dah beli tu, saya tengok kat luar, eh dah sampai barang, pukul 10 je bangun, bangun air dah sampai sini (pinggang), Eh mana mainan aku?
“Tengok mainan dah terkeluar, dah pergi jauh dah, tak nampak dah,” katanya.
Ketika ditanya apa perasaannya selepas mainan yang dibeli dah hilang, kanak-kanak itu hanya menjawab “Menyerah jer lah,” sambil tersenyum.
Video berkenaan jadi viral dan ramai dalam kalangan netizen begitu tersentuh dengan apa yang berlaku kepada adik ini dan sampai ada yang hendak membelikan robot yang baru kepadanya.
Ketika ditanya, budak itu sedang membantu keluarganya membersihkan rumahnya yang dilanda banjir.
Tidak diketahui di mana lokasi kanak-kanak ini dan diharapkan dia tabah menghadapi ujian yang melanda.
Jarang ada kanak-kanak yang begitu tabah dan boleh menerima takdir begini apatah lagi mainan yang baru dibeli pula hilang dihanyutkan air. – SEPATAH DUA