Lelaki Sanggup Tinggal Dengan Mayat Ibu Selama 54 Hari Demi Wasiat
1 min read
Anggota polis sedang memeriksa mayat ibu Putu Sugiarta, Wayan Terpi yang terbujur kaku di dalam rumah selama 54 hari selepas meninggal dunia.
Seorang lelaki di Bali, Indonesia sanggup tinggal bersama mayat emaknya sendiri selama 54 hari.
Portal Kompas.com dalam laporan beritanya menyebut, Putu Sugiarta, 53 tahun, melakukan perkara itu dengan niat mahu menunaikan wasiat akhir ibunya, Wayan Terpi, 96 tahun.
Ketua Polis Seiririt, Gede Juli mengesahkan Wayan Terpi meninggal dunia pada 3 November lalu.
“Alasannya menunaikan wasiat si ibu yang meminta ‘dirawat’ empat bulan jika meninggal dunia tanpa membabitkan keluarga lain,” katanya.
Sugiarta menggunakan jumlah ais yang banyak untuk memastikan mayat ibunya tidak berbau dan rosak.
Mereka terkejut apabila mengetahui wanita itu meninggal dunia, hampir dua bulan lalu.
Penduduk kemudian meminta Sugiarta mengebumikan mayat ibunya, namun permintaan itu ditolak, malah dia berkeras kerana mahu mengikut wasiat.
“Disebabkan ada perbezaan pendapat, penduduk akhirnya melaporkan kepada polis supaya mayat itu segera dikebumikan,” kata Juli.
Polis yang menerima laporan itu pada Khamis, datang ke rumah Sugiarto.
Selepas berunding, lelaki itu akhirnya akur untuk mengebumikan ibuya.
Media melaporkan urusan pengebumian dilakukan pada Ahad.
Polis sempat melakukan pemeriksaan terhadap Sugiarta tetapj tidak menemukan tanda-tanda kekerasan terhadap mangsa atau perkara mencurigakan. – SEPATAH DUA