August 9, 2022

Dari Mata Kita : Wahai Parti UMNO, Rakyat Memerhati

3 min read

 

Perjalanan UMNO BN mendapat kembali tampuk pemerintahan negara penuh warna warni.

Dari kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sehinggalah mendapat semula kerusi Perdana Menteri dengan persetujuan majoriti ahli parlimen yang ingin melihat negara kita kembali ke landasan yang sebaiknya melalui nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun angka majoriti yang ingin Malaysia kembali di landasan yang sepatutnya tidak besar namun ianya cukup untuk memberi mandat kepada Perdana Menteri ke 9, Dato Sri Ismail Sabri membawa negara keluar dari permasalahan yang kini masih melanda negara dan dunia, melawan virus covid-19.

Bukan mudah mengawal penularan virus yang mampu membunuh jutaan manusia sekelip mata namun kerjasama antara kerajaan dan rakyat melalui pimpinan Perdana Menteri akhirnya angka jangkitan menunjukkan penurunan. Sekarang, ianya sekitar 3000 mangsa jangkita setiap hari.

Paling tinggi yang pernah negara kita hadapi sebelum UMNO BN mengemudi negara adalah sehingga melebihi angka 25ribu orang sehari.

Belum reda masalah covid-19, datang pula bala banjir yang tidak dijangka terutama di Selangor yang melibatkan kemusnahan harta benda mangsa di luar jangka malah jumlah kematian juga tidak terduga.

Namun kepantasan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam pengerahan agensi keselamatan negara dan aset penyelamat berjaya selamatkan mangsa banjir.

UMNO BN sudah biasa di dalam ‘operasi banjir’, rakyat boleh melihat bagaimana UMNO BN menyusun membantu mangsa selepas banjir termasuk dari orang perorangan dan juga bantuan dari NGO.

Semua sepakat bekerjasama tanpa mengira idealogi politik. Perdana Menteri sendiri turun hampir di semua lokasi banjir dan menjenguk bertanya khabar serta menghulurkan bantuan kilat kepada mangsa di pusat pemindahan sementara.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri terus mengumumkan bantuan wang tunai antara RM1000 dan RM10,000 kepada ahli keluarga mereka yang maut akibat banjir.

Memikirkan masih banyak lagi yang kerajaan pusat perlu bantu, Ismail Sabri mengarahkan Bank Simpanan Nasional milik penuh kerajaan pusat supaya meluluskan dengan mudah pinjaman tanpa faedah berjumlah RM10,000 kepada mangsa banjir dengan kelonggaran moratarium selama 6 bulan.

Perlu diingat, pinjaman yang mendapat jaminan kerajaan ini adalah dilindungi dengan insuran. Sekiranya peminjam meninggal dunia maka hutangnya akan terhapus dan keluarga dan balunya tidak perlu menanggung beban bayaran balik.

Apakah kebergantungan kita hanya kepada wang simpanan kegunaan selepas kita tidak lagi bekerja? Pencen? Apa yang terjadi kepada kita, wang tersebut boleh digunakan untuk anak-isteri kita bagi meringakan beban tanpa ketua keluarga.

Sesuaikah kita membelanjakan wang sejumlah RM10,000 untuk membeli perabut dan perkakas lain sedangkan pinjaman tanpa faedah dengan bayaran balik selama 5 tahun mampu untuk kita menguruskan kewangan kita sebaiknya? Pinjaman ini hanya untuk yang terkesan dengan bala banjir sahaja.

Bagi yang terkesan dengan petaka covid-19, kerajaan pusat telah pun membenarkan pengeluaran wang melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Sepanjang pandemik tersebut kerajaan telah membenarkan tiga kali pengeluaran simpanan KWSP bagi mereka yang layak dan yang ingin membuat pengeluaran dan membabitkan wang sebanyak RM90.25 bilion :-

  • Pengeluaran i-Lestari membabitkan pengeluaran sehingga maksimum RM6,000.00.
  • Pengeluaran i-Sinar membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan RM10,000.00 atau 10 peratus dari simpanan dengan maksimum 60,000.00.
  • Pengeluaran i-Citra membenarkan pengeluaran sehingga maksimum RM5,000.00 (masih berjalan sehigga disember 2021).

Tidak termasuk bantuan Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 dan BWI (Bantuan Wang Ihsan) kepada mangsa banjir.

Pemimpin UMNO BN perlu membantu Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat bagaimana bantuan disalurkan kepada rakyat dan ianya berbeza dengan kerajaan pimpinan sebelumnya.

Kepimpinan UMNO khasnya, suarakanlah pandangan bagaimana atau apa lagi yang boleh ringankan beban rakyat dan di waktu yang sama ekonomi negara mampu berada di landasan yang sepatutnya dengan kadar yang pantas.

Salurannya rasmi melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung secara berkala dan bukan mengunakan saluran media sosial seolah UMNO tiada platform rasmi sesama kepimpinan utama.

Rakyat melihat dan menilai malah bakal menghukum UMNO BN sekali lagi sekiranya mereka melihat kepimpinan utama parti asyik bertelagah dan tidak ingin mencari titik persamaan.

Jadikanlah kekalahan di PRU ke 14 sebagai pedoman berguna, arus fitnah yang terancang tidak mampu ditangkis ketika itu dan sekali lagi bakal menjerat UMNO BN sekiranya mula hilang waspada kepada ancaman musuh sebenar parti yang ingin melihat UMNO bertelagah sesama sendiri.

Api fitnah sedang dinyalakan untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN. Bersepakatlah, sesungguhnya ia membawa berkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.