Akibat Pencuri Salah Pilih Kedai, Menanggung Sakit Dibelasah Teruk
1 min read
BELASAH... Pencuri dibelasah pekerja restoran selepas cuba mencuri wang dari premis berkenaan.
Perompak kadang-kadang tidak begitu pandai apabila hendak melakukan kerja jahatnya sehingga mereka teruk dibelasah.
Sudahlah wang gagal dirompak, sakit pun dapat apabila dibelasah teruk.
Itu yang terjadi kepada seorang perompak dalam satu perkongsian video di laman sosial Facebook oleh pengguna Kim Heong Lim.
Kejadian berkenaan tidak diketahui berlaku di mana tetapi apa yang berlaku ke atas perompak berkenaan memang puas hati.
Bagaimana dia boleh mendapat keberanian sebegitu rupa untuk masuk seorang dan cuba merompak sedangkan di dalam restoran berkenaan ada beberapa orang lagi pekerja lelaki yang memiliki tubuh yang agak sasa.
Kesudahannya diri sendiri merana. Sudahlah akan duduk di dalam penjara selepas ditangkap, dipukul pula sepuas-puasnya oleh pekerja restoran.
Paling menarik ialah seorang pekerja restoran yang sudah menyedari suspek sedang cuba untuk merompak restoran itu mengambil sebuah kerusi dan perlahan-lahan menunggu di belakang perompak sebelum memukulnya di bahagian belakang.
Video yang dikongsi itu ditonton sebanyak 206,000 kali dan mendapat 532 komen dalam kalangan netizen.
Walaupun lokasi restoran tidak diketahui tetapi ia mungkin berada di Thailand berdasarkan kepada irama muzik yang dimainkan di latar belakang video berkenaan. – SEPATAH DUA