“Kamu Ingat Kamu Siapa?” Ras Adiba Kongsi Video OKU Dipukul Dengan Batu-Bata
1 min read
Lelaki yang memakai baju putih dipercayai mengangkat satu objek dipercayai batu-bata dan dipukul ke atas kepala seorang lelaki OKU di atas kerusi roda.
Satu video yang dikongsi oleh Ahli Dewan Negara Senator Ras Adiba Radzi di Twitter patut ditularkan netizen kerana ia memaparkan kekejaman manusia ke atas golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Video selama 22 saat itu dikongsikan di akaun Twitternya @SenatorRasAdiba menunjukkan seorang lelaki memukul seorang OKU yang ditolak di atas kerusi roda dengan satu objek kelihatan seperti batu bata.
“Kamu ingat kamu siapa? Saya mengenali saudara OKU kita yang Celebral Palsy ini sejak empat tahun.
“Dia tidak boleh pertahankan dirinya dan perlu sokongan untuk menjaga dia.
Kamu ingat kamu siapa?!
Saya mengenali saudara OKU kita yg Cerebral Palsy ini sejak dia 4 tahun.Dia tidak boleh pertahankan dirinya&perlu sokongan utk menjaga dia&kamu biar beliau dibuli sebegini! Rumah Amal Murni Kajang, kamu dah kenapa!Luluh hati saya 😪 pic.twitter.com/vXQnDtSRUP— Ras Adiba Radzi (@SenatorRasAdiba) December 31, 2021
“Rumah Amal Murni Kajang, kamu dah kenapa? Luluh hati saya,” kata Ras Adiba di dalam ciapannnya.
Video berkenaan sudah pasti akan viral dan pihak polis akan ditag di dalam video berkenaan supaya ia disebarkan untuk pengetahuan umum.
Lelaki OKU itu kelihatan dipukul sebanyak tiga kali oleh lelaki berkenaan.
Tidak diketahui apakah tahap kecederaan yang dialami oleh warga OKU itu.
Video ini dipercayai diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.
Tidak dapat dipastikan kenapa lelaki OKU berkenaan dipukul sebegitu rupa. – SEPATAH DUA