September 27, 2023

Ambang Tahun 2020 : Walaupun Tiada Acara Sambutan, Orang Ramai Tetap Banjiri Ibu Negara

1 min read

Orang ramai dilihat ramai hadir di sekitar ibu negara antaranya di KLCC untuk menunggu ketibaan ambang tahun baharu 2022. - Foto Malay Mail.

 

Walaupun tiada sambutan ambang tahun baharu dijadualkan seperti sebelum ini, masih ada penduduk yang membanjiri lokasi tumpuan di sekitar ibu negara untuk merasai ketibaan ambang tahun baharu 2022.

Antaranya termasuk di sekitar Bukit Bintang yang mulai sesak sejak 8 malam hari ini, jumlah kenderaan memasuki pusat bandar juga meningkat.

Menurut laporan Harian Metro, kakitangan swasta, Noranisah Kamarudin, 26 tahun, berkata, dia bersama rakannya ke Bukit Bintang untuk meraikan tahun baharu secara sederhana.

“Setiap tahun, saya dan rakan-rakan akan berkumpul untuk meraikan ambang tahun baharu. Walaupun kali ini tiada sambutan dibuat, kami ambil kesempatan untuk berjumpa di sini, sama-sama sambut permulaan 2022,” katanya ketika ditemui di ibu negara malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, seramai 451 pegawai dan anggota polis serta 30 penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemantauan di sekitar pusat bandar.

“Selain itu, kami juga mendapatkan bantuan penugasan daripada jabatan lain seperti Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Antara lokasi pemantauan adalah Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Pavilion, Lot 10 dan Changkat,” katanya yang memberitahu setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, polis juga melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Ampang, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Sultan Ismail selain memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 yang ditetapkan.

“Setakat ini, belum ada sebarang kompaun dikeluarkan pihak polis,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *