September 27, 2023

UAE Pecah Lima Rekod Dunia Guiness Pertunjukan Bunga Api Tahun Baharu

1 min read

Pertunjukan bunga api dari atas bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa pada malam semalam untuk sambutan ambang tahun baharu 2022.

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) memecahkan lima rekod Rekod Dunia Guinness dengan pertunjukan bunga api tahun baharu.

Menurut agensi berita WAM, emiriah Ras al-Khaimah mencipta rekod Altitud Multirotor Tertinggi/Persembahan Bunga Api Dron dengan ketinggian bunga api sehingga 1,055.8 meter, lebih tinggi dari mana-mana pencakar langit di dunia.

Menggunakan 452 dron untuk melancarkan bunga api itu dan menghasilkan visual ‘Happy New Year’ di udara, ia memecahkan rekod sebagai Multirotor Paling Jauh Dikendalikan/Bunga Api Dron Serentak.

Pada sambutan tahun baharu 2019, UAE turut memecahkan dua rekod Guinness.

Pada Festival Sheikh Zayed di Abu Dhabi, ia memecahkan tiga rekod baharu Guinness dengan pertunjukan bunga api selama 40 minit.

UAE menjadi negara yang memiliki rekod Guinness terbanyak (425 rekod) di Timur Tengah dan wilayah Afrika Utara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *