Desakan Pengeluaran Khas i-Citra KWSP, Satu Keperluan Atau Satu Hasutan?
3 min read
Hal berkaitan pengeluaran caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 begitu hangat diperkatakan dan jadi bahan perbualan bukan sahaja dalam kalangan bijak pandai, orang ramai malahan dalam kalangan pencarum sendiri.
Tambahan pula, negara ketika ini masih dihimpit masalah pandemik COVID-19 dan banjir pula melanda baru-baru ini menjadikan para pekerja yang juga pencarum KWSP semakin tertekan dan bagi mereka pengeluaran khas berjumlah RM10,000 amat penting.
Bagaimanapun, kerajaan ketika ini menolak desakan ini kerana pengeluaran berkaitan KWSP ini sudah dilakukan sebanyak 3 kali sebelum ini untuk membantu pencarum yang hilang punca pendapatan ketika pandemik.
Dalam satu penulisan oleh Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad beliau menjelaskan ketika tragedi banjir berlaku pada 2014 ada juga permohonan sama diajukan tetapi kerajaan pada masa itu turut menolaknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini tidak tunduk kepada tekanan dan desakan ini tetapi beliau bertindak dengan menambahkan lagi pelbagai bantuan kepada rakyat yang kini terjejas hidup mereka dek bencana banjir.
Berkaitan isu KWSP, Perdana Menteri bersikap amat rasional dalam isu ini.
Saiful Bahar menjelaskan apa peranan simpanan caruman yang ada di KWSP.
“KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan Ahli untuk keperluan masa depan persaraan.
“KWSP ditubuhkan semenjak tahun 1951, adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1, iaitu 70% peratus simpanan rakyat, di tetapkan bagi persaraan di hari tua,” katanya.
Beliau berkata tiada sebarang di dalam akta ini yang membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk bencana alam.
“Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas Wang Simpanan KWSP ini.
“Lebih merisaukan, terdapat lebih daripada 50% Pencarum di dalam KWSP, tidak mempunyai Dana melebihi RM10,000-00,” katanya.
Difahamkan jika ia dibenarkan pun, tidak ramai yang boleh membuat pengeluaran.
“Kerana itulah, bantuan yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Ismail Sabri untuk Keluarga Malaysia yang terkesan dengan banjir mencecah RM 61,000-00 bagi keluarga yang mengalami kemusnahan rumah secara total (rumah dihanyut air atau musnah teruk).
“Ini tidak termasuk boleh meminjam RM 10,000-00 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya bantuan tersebut tidak mencukupi. Pinjam RM 10,000-00 ini, walaupun pinjaman dari Bank,” katanya.
Menurut Saiful Bahar, pinjaman yang diberi ialah pinjaman tanpa faedah beserta 6 bulan moratorium dan boleh dibayar balik dalam tempoh 3 tahun.
“Di mana kita nak dapat pinjaman seumpama ini ? Ini seolah-olah kita meminjam dari Ibu dan Bapa kita. Tiada ada interest. Bayar balik sikit-sikit dalam tempoh 3 tahun. Begitu baiknya hati Kerajaan,” katanya.
Jika rakyat sudah tidak ada wang untuk bayar balik dan tidak mampu mendapatkan pinjaman dari BSN itu, Perdana Menteri juga sudah beri baucer RM500 untuk diberi kepada mangsa banjir untuk membeli peralatan elektrik.
“PM kata, Proton dan Perodua, telah bersetuju untuk memberi Towing dan Repair Service secara percuma. Dan 50% peratus diskaun untuk spare part.
“Manakala jenama kereta lain akan memberi 25% peratus diskaun untuk spare parts di kedai-kedai service centre mereka yang berdaftar,” katanya.
Baucer RM1,000 juga akan diberi kepada mangsa banjir untuk membaiki atau membeli kereta atau motosikal baharu yang mengalami kerosakan penuh.
“Terlalu banyak bantuan yang di umumkan oleh Perdana Menteri malam tadi sekiranya mahu disebutkan satu persatu.
“Ini jelas memperlihatkan, tiada keperluan untuk Rakyat yang mempunyai Dana di dalam KWSP untuk mengeluarkan wang tersebut. Simpanlah wang tersebut untuk keperluan masa tua dan persaraan,” katanya.