October 3, 2023

Virus COVID-19 Sudah Sampai Ke Antartika

1 min read

Bangunan stesen Yayasan Kutub Antarabangsa di Antartika. Walaupun di lokasi terpencil, wabak COVID-19 sampai juga ke sana dan merebak.

 

Virus COVID-19 sudah merebak sampai ke benua Antartika antara tempat paling sejuk di dunia. Ia merebak di sebuah stesen penyelidikan saintifik Belgium di sana walaupun petugas sudah diberi suntikan vaksin sepenuhnya dan berpengkalan di satu kawasan yang terpencil di dunia.

Sejak 14 Disember lepas, ada 16 orang daripada 25 orang petugs di Stesen Kutub Princess Elisabeth dijangkiti virus itu.

Menurut pegawai di sana, kes masih kekal ringan setakat ini.

“Situasinya tidak dramatik,” kata Pengurus Projek untuk Yayasan Kutub Antarabangsa, Joseph Cheek, memberitahu BBC.

“Walaupun menyusahkan kerana terpaksa mengkuarantin anggota kakitangan tertentu yang dijangkiti virus itu, ia tidak menjejaskan kerja kami di balai secara keseluruhan.

“Semua penduduk stesen itu ditawarkan peluang berlepas dengan penerbangan berjadual pada 12 Januari. Bagaimanapun, mereka semua menyatakan hasrat untuk tinggal dan meneruskan kerja mereka,” katanya.

Ujian positif pertama direkodkan pada 14 Disember, antara pasukan yang tiba tujuh hari lebih awal.

Mereka dan orang lain yang didapati positif telah diletakkan dalam kuarantin tetapi virus itu terus merebak.

Kakitangan yang tiba di stesen mesti diberi vaksin dan diuji untuk virus itu.

Terdapat dua doktor kecemasan di balai dan ketibaan baharu ke pos itu telah digantung sehingga virus itu hilang.

Stesen Princess Elisabeth dikendalikan oleh Yayasan Kutub Antarabangsa dan mula beroperasi pada tahun 2009.

Ini bukan kali pertama stesen penyelidikan di Antartika terjejas oleh wabak coronavirus.

Tahun lalu, sebilangan anggota tentera Chile yang berpangkalan di stesen penyelidikan Bernardo O’Higgins telah dijangkiti selepas pelayar kapal yang menghantar bekalan diuji positif virus itu. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *