October 3, 2023

Pengguna Instagram Mangsa Banjir Terharu Terima Bantuan Banjir Dari Reezal Merican

1 min read

 

Seorang pengguna Instagram dengan akaun @mrycole07 menyatakan rasa terharu apabila menerima bantuan yang dihulurkan sendiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 30 Disember yang lepas.

Beliau berasa amat sebak kerana menerima panggilan dari Menteri sendiri yang ingin hadir melawat ke rumahnya yang turut mengalami kerosakan yang teruk akibat banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

“Ya Allah sebak terharu dapat panggilan YB Dato Sri’ @reezal_merican (Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan) ingin hadir melawat ke teratak ku yang dilanda Banjir tempoh lalu,” katanya.

Menurut beliau dalam hantaran satu hantaran di Instagram, ahli keluarganya ayahnya juga menitiskan air mata ketika menerima sumbangan dari Reezal Merican.

Beliau bersama pasukan KPKT melawat beberapa lokasi mangsa banjir termasuk di Hulu Langat, dan beliau ke rumah mrycole07 dengan hanya menaiki motosikal.

Dalam balasannya kepada pengguna Instagram itu, Reezal Merican mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima kehadiran beliau untuk melawat.

“Saya harap anda tabah hadapi ujian ini. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan harian anda dan keluarga,” katanya.

Selain di Hulu Langat, Reezal Merican turut berada di kawasan Parlimen Jelebu meninjau keadaan di sana yang turut terjejas teruk akibat banjir. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *