September 24, 2023

Kapal Persiaran Besar Bawa 3,7000 Penumpang Diarah Berpatah Balik

1 min read

 

Sebuah kapal persiaran yang membawa 3,700 penumpang diarah berpatah balik ke pelabuhan selepas sembilan orang didapati menjadi kontak rapat kepada COVID-19 terutama membabitkan varian Omicron.

Arahan itu dibuat pihak berkuasa kesihatan hari ini selepas beberapa penumpang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kes COVID-19 berada dalam kapal yang belayar sejak Ahad lalu.

Semua 2,500 penumpang dan 1,200 kru perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum kapal berkenaan dibenarkan belayar semula ke perairan antarabangsa.

“Banyak meja, kerusi dan ruang dewan ditutup dan kami dipakaikan gelang bagi mengesan pergerakan penumpang di dalam kapal.

“Ketika kami menempah untuk menaiki kapal ini, kami sedar risiko yang bakal dihadapi cuma kami tidak bernasib baik kali ini,” kata seorang penumpang yang enggan dikenali.

Sementara itu, pakar mikrobiologi, Yuen Kwok-yung, memberi amaran bahawa jangkitan yang tidak kelihatan mungkin sudah menular di bandar itu.”Gelombang kelima bakal berlaku,” katanya kepada pemberita.

Peraturan ketat yang dilaksanakan di Hong Kong setakat ini berhasil mengekang penularan virus itu dengan merekodkan sebanyak 12,000 kes positif dan 213 kematian sejak pandemik itu melanda.

Bagaimanapun, penularan COVID-19 menyebabkan hab perniagaan yang dikenali sebagai ‘Asia World City’ itu terputus hubungan dengan semua negara termasuk tanah besar China.

Hong Kong setakat ini merekodkan sebanyak 114 kes Omicron dengan majoriti daripadanya dikesan di lapangan terbang atau ketika menjalani tempoh kuarantin wajib selama 21 hari ketika tiba di bandar raya berkenaan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *