September 26, 2023

Ahli Mafia Dalam Buruan Berjaya Ditangkap Semula Angkara Google Maps

1 min read

Gambar yang menjadi petunjuk kepada pihak polis sehingga berjaya menjejaki lokasi ahli mafia itu.

Seorang ahli geng mafia Itali yang sudah disabitkan kesalahan dan sedang dalam buruan selama hampir dua dekat berjaya ditangkap semula selepas gambarnya di Google Maps berjaya dikenalpasti.

Suspek, Gioacchino Gammino disenaraikan dalam senarai orang paling dikehendaki sedang diburu sejak 20 tahun lepas sehinggalah dia ditahan di Galapagar, sebuah bandar berhampiran Madrid bulan lepas.

Dia pada mulanya berjaya lolos dari Penjara Rebibbia di Rome pada tahun 2002 sebelum pada 2003 dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas jenayah membunuh yang dilakukan beberapa tahun sebelum itu.

Satu waran tangkap seluruh Eropah dikeluarkan pada 2014 dan pihak berkuasa berjaya menjejakinya hingga ke Sepanyol.

Bagaimanapun, satu foto dalam aplikasi Google Maps menunjukkan dua lelaki sedang bercakap di luar sebuah kedai buah dan sayuran yang membantu pihak polis menentukan lokasi penjenayah itu dengan tepat.

Tidak jelas bagaimana pihak berkuasa boleh mendapatkan lokasi tepat iaitu di depan kedai El Huerto de Manu di Galapagar.

Pendakwaraya Francesco Lo Voi berkata pihak berkuasa tidak ada masa untuk menghabiskan berhari-hari melihat setiap foto di Google Maps tetapi mereka bernasib baik apabila ada aplikasi seperti Google Maps yang boleh memberikan petunjuk besar secara tidak sengaja.

Biasanya, ahli mafia Itali begitu berhati-hati dan jarang berjaya dikesan di khalayak ramai. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *