June 1, 2023

Pakaikan Lembu Cermin Mata VR Untuk Tingkatkan Pengeluaran Susu

2 min read

Rupa lembu yang dipakaikan cermin mata VR untuk memberi bayangan bahawa ia berada di padang ragut yang menghijau.

 

Seorang penternak lembu di Turki sekarang sedang mencuba cara baharu untuk cuba meningkatkan pengeluaran susu lembu dengan memakaikan lembunya dengan cermin mata realiti maya (VR) yang menayangkan video padang ragut yang menghijau.

Keluarga penternak, Izzet Kocak telah mula menternak lembu di ladang mereka di Aksaray, Turki selama tiga generasi. Ia telah bergerak terlalu lama sehingga mereka kini bekerja keras untuk memastikan pengeluaran susu kekal tinggi.

Untuk memastikan perniagaan keluarga ini boleh diserahkan kepada generasi berikutnya, Izzet mencuba melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.

Selepas membuat eksperimen dengan memainkan muzik yang lembut untuk menenangkan lembu-lembunya, kini dia mencuba untuk memakaikan lembunya dengan cermin mata VR yang akan membuatkan lembunya berasa seperti berada di padang ragut yang hijau berbanding realiti sebenar di dalam kandang di tengah-tengah musim sejuk.

“Kami mendapat purata 22 liter susu dari ternakan lembu kami.

“Selepas kami memakaikan lembu dengan cermin mata VR dengan video mereka sedang meragut di padang yang menghijau, pengeluaran susu meningkat sehingga 27 liter,” kata Kocak kepada agensi berita Anadolu.

Dia berkata cermin mata itu dilihat sesuai untuk binatang kerana ia dilihat kurang berasa tertekan.

Kesannya boleh dilihat dari peningkatan susu dan jumlah susu yang dikeluarkan.

Kocak pada awalnya mendapat idea berkenaan dari laporan berita berkaitan lembu memakai cermin mata VR di sebuah ladang ternakan di Russia.

Dia yang berminat dengan idea itu kemudian menghubungi syarikat pembuat cermin mata VR berkenaan dan memesan dua pasang untuk digunakannya.

Selepas melihat kesan positif hasil penggunaannya, dia merancang untuk memesan lagi 10 pasang dan jika pengeluaran susu tetap meningkat dengan kadar yang sebelumnya, dia akan membelinya untuk kesemua 180 ekor lembu ternakannya.

“Kami sekarang ini sedang berada pada peringkat pertama percubaan, untuk peringkat kedua, saya telah memesan 10 pasang dan jika berjaya, saya akan memakaikannya ke semua lembu saya,” katanya.

Kocak berkata dia masih memainkan muzik kepada lembunya seperti sebelumnya untuk membuatkan mereka tenang. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *