August 9, 2022

Dari Mata Kita : Keluarga Malaysia, Hidup Susah Sama Susah Dan Senang Sama Senang Sokong PM

3 min read

 

Tahun 2018, Malaysia mengukir sejarah apabila keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menunjukkan gabungan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tumbang dan kalah selepas hampir 60 tahun menjadi kerajaan di Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kekalahan berkenaan ia hasil dari hasutan dan fitnah Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai tuduhan dan fitnah membuatkan Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN pada masa itu kalah.

Sejarah juga terukir apabila kemenangan PH hasil kepimpinan bekas Perdana Menteri ke-4, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama gabungan utama PH iaitu DAP dan PKR.

Namun kerajaan yang menang dengan fitnah tidak mampu bertahan lama.

Mereka, Pakatan Harapan (PH) tidak kompeten dan rakyat kecewa apabila yang sebenarnya mengawal selia kerajaan adalah DAP dan bukannya Mahathir yang asalnya dari UMNO.

Mahathir menjadi boneka, patung robot yang dikawal selia oleh DAP dan PKR sendiri pun seolah tunggul mati di dalam kerajaan baharu itu.

Akhirnya, Mahathir letak jawatan akibat kemelut politik antara tiga parti gabungan itu dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih selepas membentuk kerajaan campuran antara PPBM, UMNO, BN dan PAS sebagai gabungan utama termasuk wakil dari Sarawak.

Muhyiddin digelar umpama boneka kerana beliau pengikut setia Mahathir juga kelihatan gagal kerana ketika menjadi Perdana Menteri, wabak COVID-19 melanda dunia dan turut menjejaskan Malaysia.

Di waktu yang sama, ekonomi negara merudum dan hutang negara mula memberi petunjuk yang memberi ketakutan kepada pelabur besar dari luar negara. Mereka mula menutup operasi di negara ini dan terus berpindah ke negara jiran.

Selama 17 bulan memimpin, hutang negara hampir mencecah RM1 trilion, jumlah jangkitan melepasi 20,000 orang sehari dang angka kematian harian yang menakutkan. Muhyiddin juga berundur dalam keadaan memalukan.

Kini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob naik sebagai Perdana Menteri ke-9. Dari jawatan Naib Presiden UMNO dan antara jemaah kabinet BN yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negara.

Baru melepasi 100 hari memimpin pasukan kabinet yang hampir sama orangnya yang dari pelbagai parti. Sekali lagi kerajaan campuran wujud dan bezanya kali ini Perdana Menteri dari UMNO BN.

Nampak petunjuk jelas dari rakyat merindui pemimpin utama negara dari UMNO BN. Mereka boleh menilai sendiri bahawa Mahathir dan Muhyiddin gagal mengurus rakyat.

Bukan senang Ismail Sabri mengambil alih kepimpinan negara dengan asas yang sama iaitu kerajaan campuran. Beban hutang negara dan ditambah dengan pandemik covid yang memasuki fasa baharu, wujud varian virus baharu, Omicron dan di waktu yang sama diuji dengan bencana banjir di beberapa negeri termasuk Selangor.

Walaupun mendapat kecaman pada awalnya di Selangor, akhirnya rakyat Selangor sedar kesilapan adalah berpunca dari Menteri Besar Selangor tidak bertindak pantas. Bila dah tersepit barulah beliau meminta bantuan dari kerajaan pusat.

Di negeri lain termasuk Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ismail menunjukkan wibawa mengurus bencana melalui arahan berpusat dengan SOP yang telah lama wujud di peringkat agensi bencana iaitu MKN.

Mangsa belum pulang ke rumah, bantuan telah sampai. Mangsa banjir masih di pusat pemindahan, segala peruntukan bantuan kepada mangsa sudah diselesaikan.

Rakyat perlu melihat dari perpektif positif. Kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri mampu menguruskan negara dan rakyat apabila mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk rakyat negara sendiri.

Peluang untuk melihat sinar di hujung terowong melalui pemimpin dari UMNO BN bakal menjadi sesuatu yang bukannya retorik.

Pengalaman mentadbir negara lebih dari 60 tahun, kilang kepimpinan dari UMNO BN yang tidak pernah berhenti melahirkan individu yang mampu memimpin negara bukannya suatu khayalan tetapi ianya satu bukti jelas indikasi membawa negara dan keluar dari kemelut yang amat sukar.

Yang jelas, negara dan politik stabil ketika ditadbir oleh BN dan UMNO.

Bantulah kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri untuk membantu rakyat. Beliau perlu sokongan rakyat seperti Perdana Menteri dari UMNO BN sebelumnya.

Malaysia mampu bangkit sekiranya semangat #KeluargaMalaysia yang dibawa Ismail Sabri diselami oleh seluruh rakyat negara ini.

Keluarga Malaysia bukan hanya slogan di bibir namun ianya satu kesatuan keluarga yang diperlukan untuk meletak kembali Malaysia di trek yang sepatutnya.

Sebagai sebuah keluarga, paha kiri dicubit, paha kanan juga rasa sakitnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.