December 6, 2023

Dari Mata Kita : Penulisan Blogger Label PM Gagal Tidak Bertanggungjawab Dan Melampau

2 min read

 

Hari ini, seorang penulis blog, Shahbudin Husin menulis berkaitan kes Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang mengatakan bahawa beliau lepas tanpa siasatan serta menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lemah.

Beliau menulis artikel di blognya bertajuk “Azam Baki Bebas Tanpa Siasatan, Lemah PM Semakin Terserlah”

Dalam kes melibatkan Azam, awal-awal lagi Ismail Sabri sudah menyatakan bahawa kerajaan tidak masuk campur langsung dalam kes berkenaan dan beliau sudah menyatakan siasatan sedang dilakukan ke atas beliau.

Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Sekuriti sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa akan memanggil Azam untuk memberi keterangan di atas kenyataan beliau bahawa adiknya menggunakan akaunnya untuk pembelian saham.

Beliau seakan menutup mata dan tidak melihat kenyataan ini dari Perdana Menteri sebaliknya mengatakan Ismail Sabri lemah serta merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal.

Dalam kes Azam, Perdana Menteri sudah berkata tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan salah laku melibatkan sesiapa sahaja.

“Pertama siasatan sudah dilakukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). Kedua Suruhanajaya Sekuriti juga melakukan siasatan dan akan memanggil Azam untuk mendapatkan penjelasannya.

“Sehubungan itu, kita tunggu keputusan dilakukan Suruhanjaya Sekuriti. Malah kalau ada siasatan oleh agensi lain seperti polis… kita tunggu keputusan selesai.

“Kita tidak boleh membuat kesimpulan seolah-olah Azam bersalah. Itu tidak wajar bagi saya kerana orang berhak membela diri,” kata Ismail Sabri yang dipetik dalam berita portal Astro Awani.

Bukan itu sahaja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah menyatakan akan memulakan siasatan ke atas Azam selepas menerima laporan berkaitannya.

Azam sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Beliau menegaskan tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham, malah tuduhan yang mendakwa terdapat conflict of interest di pihaknya juga tidak berasas.

Azam menjelaskan, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibelinya oleh syarikatnya tiada kaitan dengan siasatan SPRM.

Jadi tindakan Shahbudin mengatakan macam-macam tuduhan negatif kepada Perdana Menteri adalah amat melampau dan tidak berasas. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *