August 15, 2022

Murid Sekolah Di Sabah Bersesak Naik Bot Undang Bahaya

1 min read

 

Sebelum ini, viral satu gambar yang memperlihatkan kesusahan beberapa orang murid sekolah di Kampung Nelayan, Sandakan di Sabah yang melintas sebuah jambatan yang amat usang untuk ke sekolah.

Semalam, viral pula gambar murid-murid sekolah dilihat bersesak di dalam sebuah bot kecil di Kampung Pituru juga di Sabah untuk pergi ke sekolah.

Gambar itu dikongsikan oleh laman Facebook Bornoe Voice menunjukkan murid dari Sekolah Kebangsaan Mangkapon di Pitas sudah lebih satu tahun terpaksa menaiki bot sempit sehingga ramai yang bimbang akan keselamatan mereka.

Rata-rata netizen meminta diberikan jaket keselamatan kepada murid-murid dengan cepat kerana ketiadaannya bermakna bahaya sentiasa ada.

Ramai juga berharap bantuan bot dan jaket keselamatan dapat disalurkan secepat yang mungkin kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini.

Daripada gambar kelihatan murid-murid berkenaan sudah biasa dengan keadaan itu dan mereka duduk di dalam bot dalam keadaan santai tanpa menyedari risiko yang mungkin berlaku jika berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan.

Kita berharap ada pihak yang cepat memberikan respon dan memberikan jaket keselamatan kepada mereka supaya keselamatan mereka lebih terjamin. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.