September 26, 2022

Pelukis Filipina Melukis Di Atas Badan Lipas Yang Sudah Mati

1 min read

Hasil karya lukisan adiwira Venom yang dijadikan elemen lukisan Brenda Delgado dari Filipina. - Foto Facebook Benda Delgado.

 

Seorang pelukis yang belajar sendiri dari Manila, Filipina memilih elemen lukisan yang berbeza dari kebiasaan kerana dia melukis di atas badan lipas yang sudah mati.

Brenda Delgado, 30 tahun, berasal dari Caloocan City di Manila mula menghasilkan karya seperti ini selepas mendapat idea ketika menyapu lipas yang sudah mati di kawasan ruang kerjanya.

Pada masa itu, dia menyedari betapa rata dan licin sayap seekor lipas dan muka terfikir untuk melukis sesuatu di atasnya.

Dia mula menggunakan warna minyak untuk melukis karya klasik lukisan Van Gogh seperti Starry Night dan lukisan Vermeer iaitu Girl With a Pearl Earring. Semenjak itu, hasil kerjanya mula mendapat perhatian meluas di internet.

“Kepada rakan artis yang lain, jangan takut untuk cuba meneroka kebolehan luar biasa bakat anda yang pada awalnya mungkin anda fikirkan mustahil untuk dilakukan,” kata Delgado dalam satu daripada hantaran di Instagramnya.

Sebelum itu, hasil lukisannya mendapat reaksi yang berbeza-beza di media sosial kerana kebanyakan netizen memuji serta menyukai hasil karya yang dihasilkan dan ada pula yang mengkritik dia menyeksa haiwan walaupun lipas itu sudah mati dan tidak dibunuh.

Sesetengah orang amat geli dan tidak suka dengan lipas.

Melukis di atasnya pun belum tentu akan membuatkan mereka menyukai serangga itu. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.