August 13, 2022

Puad Zarkashi Guna Sindiran Sinis Cuba Dapat Tempat Bertanding PRU15?

2 min read

 

Selepas keputusan Mesyuarat Majlis Kerta Tertinggi (MT) UMNO kelmarin yang memberikan isyarat untuk menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai elemen utama dalam poster pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, banyak pula suara nakal yang menyuarakan rasa tidak puas hati.

Terbaru yang agak lantang ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi yang secara sinis menyatakan bahawa jika jadi “poster boy” tidak boleh lembik walaupun tidak menyebut nama sesiapa.

Sudah pasti orang dapat mengagak siapa yang dimaksudkan beliau.

Kerana, terdahulu Tan Sri Annuar Musa ada mengatakan perkara itu serta sokongan UMNO ke atas Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.

Ada pemerhati mengatakan bahawa ini sebenarnya ialah usaha Puad untuk cuba mencari tempat atau ruang untuk bertanding semula pada PRU15 nanti.

Mungkin langkah itu nampak seperti satu perkara biasa tapi beliau sedang cuba menyebelahi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana untuk menjadi calon pada pilihan raya umum nanti watikah pelantikan calon adalah dari beliau.

Kalau disorot kembali sejarah tatkala Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU ke-14 pada 2018, sedikit sebanyak Puad yang menerajui JASA pada masa itu merupakan puncanya.

Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi ini untuk menerangkan kepada rakyat tentang agenda utama negara.

Namun apa yang Puad lakukan? Beliau rupanya lebih pentingkan kedudukan politik diri sendiri. Menggunakan JASA bagi mendapat laba politik.

Prestasi pegawai JASA merudum di zaman beliau. Banyak program syok sendiri. Pegawai berpenat lelah di lapangan, Puad sibuk melobi agar boleh bertanding di PRU ke 14.

Akhirnya terbukti, beliau menunjukkan warna perjuangannya yang sebenar dalam UMNO, tidak dapat menjadi calon ketika itu dan terus meletakkan jawatan di dalam parti dan umumkan bertanding sebagai calon bebas.

Kini apa sahaja yang dibuat oleh Perdana Menteri akan dibangkangnya.

Beliau sentiasa mencari peluang untuk lagakan antara Presiden UMNO dan Ismail Sabri.

Sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi yang dilantik beliau perlu melihat lebih jauh.

Peluang terbaik ada di sebelah UMNO BN pada PRU ke 15 kerana ‘kerajaan campuran’ sekarang dipimpin oleh UMNO. Hal ‘poster boy’ sudah mendapat persetujuan sebulat suara antara Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi.

Ada pihak berpendapat, jika dengan langkah begini, Puad cuba mendapatkan tempat dalam PRU15 risiko untuk BN kalah pada PRU15 kali ini masih ada.

Kalau Ismail Sabri lembik, mana mungkin beliau mampu mengajak pemimpin-pemimpin parti utama untuk menandatangani memorandum persefahaman untuk bersama bangunkan negara dan lupakan sekejap perang saraf antara parti. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.