December 6, 2023

Dari Mata Kita : Ahli UMNO Terima Baik Ismail Sabri Sebagai PM Selepas PRU

2 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Nampaknya ahli UMNO di pelbagai peringkat di seluruh negara memberikan respon positif apabila parti terbesar orang Melayu itu melalui Biro Politik Pusat setuju untuk menamakan satu sahaja nama untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Keputusan itu disokong secara sebulat suara oleh Pengerusi Perhubungan Negeri dengan misi membawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk capai kemenangan besar pada PRU akan datang.

Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri daripada UMNO untuk mengepalai kerajaan, ini adalah peluang terbaik untuk UMNO dan BN kembali menangi hati rakyat dan kemudian mentadbir negara dengan baik.

Malah, keputusan untuk memberi mandat kepada ‘Top 5’ UMNO untuk mencadangkan tarikh pilihanraya umum kepada Perdana Menteri dilihat bahawa hubungan antara kepimpinan tertinggi UMNO semakin rapat dan wujud persefahaman sebagai sebuah satu pasukan..

UMNO sudah sepakat untuk memilih Ismail Sabri sebagai elemen utama untuk poster BN dan UMNO pada pilihan raya umum nanti.

Parti UMNO sudah diakui sebagai sebuah parti yang jitu kerana struktur pengurusannya terbaik jika dibandingkan dengan kewujudan parti politik lain malahan ia telah pun terbukti berjaya menerajuk pentadbiran BN sejak merdeka mentadbir negara.

Pengurusan terbaik parti UMNO bukan sahaja tersusun di peringkat pusat sahaja namun ianya adalah sebuah pengurusan menyeluruh di kesemua peringkat termasuk cawangan, bahagian dan negeri.

Pelarasan kerja parti memberi indikasi yang jelas bahawa apa sahaja keputusan mesyuarat di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO adalah merupakan mandat yang diperolehi sepenuhnya dari akar umbi.

Peringkat tertinggi membuat sesuatu keputusan yang penting bagi menentukan halatuju parti adalah mesyuarat Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Anggotanya terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden.

UMNO parti yang bergerak dengan musyawwarah. Seperti mana Nabi saw dan para Sahabat r.a membuat keputusan penting dalam semua isu yang melibatkan perjalanan pentadbiran negara ketika itu.

Kata Nabi Muhammad SAW, selepas aku meninggal dunia ini maka putuslah wahyu dari Allah swt.

Buatlah keputusan dengan musyawwarah antara kamu kerana ada keberkatan di dalam setiap keputusan yang dihasilkan melalui musyawwarah tersebut. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *