July 5, 2022

Orang Indonesia Kata Upin Ipin Kisah Benar Bukannya Rekaan

1 min read

Video dua pusara yang tertetera nama Upin dan Ipin yang dikatakan terletak di Sulawesi Tengah, Indonesia. - Foto Tiktok.

 

Warga negara jiran Indonesia kini menyatakan bahawa kisah animasi Upin dan Ipin adalah sebuah kisah benar dan bukannya rekaan selepas kisah kubur dua nama yang serupa dengan watak animasi itu di Sulawesi Tengah, Indonesia tular.

Karya kartun Upin dan Ipin dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Corpaque menampilkan dua karakter utama iaitu kanak-kanak pasangan kembar iaitu Upin dan Ipin.

Bermula dengan tayangan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di saluran TV9, Upin & Ipin menjadi kegemaran ramai hingga sekarang dan ia turut ditayangkan secara meluas di negara republik Indonesia.

Cerita animasi itu ditayangkan julung kali di Indonesia pada tahun 2009 dan ia turut popular di sana.

Berikutan video kubur yang viral, Penerbit dan juga Pengarah Urusan syarikat, Burhanuddin Md Radzi berkata dia terkejut dengan pendedahan itu dan turut bersedih dengan kematian dua orang kanak-kanak yang didakwa meninggal di Sulawesi itu.

Akibat dakwaan netizen Indonesia, Les’ Copaque membuat penjelasan bahawa cerita Upin dan Ipin karya mereka adalah rekaan semata-mata.

“Cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production.

“Ia tidak diambil atau diinpirasikan daripada kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

“Idea asal cerita Upin & Ipin adalah daripada Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah.

“Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi turut sarat dengan mesej yang bermanfaat,” katanya.

Terfikir pula, Indonesia kan ada satu kegemaran yang mana asyik suka mendakwa semua perkara adalah berasal dari negara mereka. – SEPATAH DUA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.