May 19, 2022

Dari Mata Kita : Gobind Kata Wakil Rakyat Tak Kelihatan Sebab Tak Dapat Jemputan Kerajaan

2 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang berucap dalam Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 untuk membincangkan isu banjir. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob.

 

Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat semalam kecoh juga apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara jelas dan terang berkata ada wakil rakyat yang hilang tanpa dapat dikesan ketika bencana banjir melanda negara pada 18 Disember yang lepas.

Sudah diketahui, tempoh masa ketika banjir berkenaan kebanyakan wakil rakyat dan pemimpin sedang bercuti di luar negara di waktu hujung tahun.

Ketika bencana berlaku, ramai wakil rakyat tiada dalam kawasan dimana mereka semua dimaklumkan sedang bercuti bersama keluarga diluar negara.

“Saya tak tahu rakan-rakan lain (di mana), saya tak nampak mereka bekerja waktu malam itu,” katanya yang mencetuskan bantahan daripada wakil pembangkang termasuk Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam).

Dari pandangan mata kita, pada masa banjir berkenaan mula melanda memang tidak kelihatan pun ramai wakil rakyat. Antara yang jelas tak kelihatan ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri berkata beliau bergegas segera melawat kawasan banjir pada lewat malam untuk memberi bantuan kepada mangsa, tapi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak kelihatan.

Katanya lagi, berapa ramai Ahli Parlimen dan ADUN hilang ketika itu.

“Saya tak tahu rakan-rakan lain (di mana), saya tak nampak mereka bekerja waktu malam itu,” katanya yang mencetuskan bantahan daripada wakil pembangkang termasuk Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam).

Dewan gamat seketika dengan selepas Ahli Parlimen pembangkang bangun membidas kenyataan Ismail yang mengkritik kerajaan negeri Selangor dalam mengurus bencana banjir.

Kata Ismail, susulan banjir besar melanda negeri itu secara mengejut, beliau mempengerusikan beberapa siri mesyuarat peringkat negeri yang sepatutnya bukan tanggungjawab beliau.

“Selepas banjir di Selangor, saya pengerusikan mesyuarat di Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor. Sepatutnya bukan saya (pengerusikan), patutnya dah ada jawatankuasa yang telah diwujudkan,” jelas Ismail.

Kemudian, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo berkata wakil rakyat pembangkang tidak dijemput untuk turun bersama kerajaan ketika bencana itu berlaku, itu sebabnya wakil rakyat tidak kelihatan, katanya.

“Perdana Menteri datang tetapi tak panggil Ahli Parlimen, Perdana Menteri jenis apa ini,” kata Gobind yang kemudian dibalas Ismail, “Banjir ini kecemasan, jadi tiada kad jemputan dikeluarkan,”.

Ketika banjir, adakah ada masa untuk jemputan yang khusus dikeluarkan seperti mahu menganjurkan majlis. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, mereka turun segera untuk melihat keadaan orang ramai yang mengundi mereka dan sedang dilanda banjir.

Bukan hanya turun kerana hendak bersama kerajaan melawat keadaan banjir. Kenyataan Gobind seakan-akan menunjukkan bahawa para wakil rakyat pembangkang hanya akan turun untuk bersama kerajaan, nasib para pengundi mereka tidak diendahkan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.