September 26, 2022

Dari Mata Kita : Pembangkang Tak Endah Keadaan Negara, Tetap Mahu Buat Demonstrasi

3 min read

Suasana perhimpunan Tangkap Azam Baki yang diubah lokasi di Stesen LRT Bangsar selepas pihak polis menutup kebanyakan laluan untuk ke lokasi asal di kompleks beli-belah Sogo. - Foto Facebook Utusan Online.

Pagi ini beberapa jalan di ibu kota menuju ke pusat bandar ditutup dan dilencongkan atas sebab keselamatan ekoran ada kemungkinan satu demonstrasi diadakan di ibu negara untuk mendesak pihak berkuasa menangkap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Bukan sahaja jalan ditutup, perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT dikatakan ditutup hari ini.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh satu kumpulan yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki dan ia dirancang untuk diadakan di depan kompleks beli-belah Sogo.

Di saat negara masih berada di zon pandemik covid19 yang mana muncul pula varian baru, Omicron, pembangkang tidak peduli.

Bagi mereka, isu yang melibatkan Azam Baki berhubung pemilikan dan pembelian saham yang dikatakan dibeli oleh adiknya dengan menggunakan akaun peribadi Azam Baki boleh dijadikan modal politik murahan mereka.

DAP, MUDA dan Pakatan Harapan melihat isu tersebut adalah peluang terbaik apabila populariti gabungan mereka merudum teruk.

Rakyat dan pengundi mula menjauhi Pakatan Harapan dan ini boleh dilihat dari beberapa keputusan pilihanraya kecil dan terbaharu Pakatan Harapan kalah teruk di dua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak.

Tambahan lagi Pakatan Harapan hilang punca sejak Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin yang hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen. Ismail Sabri menjalankan tugas dengan baik dan malah lebih baik dari yang sebelumnya sejak selepas PRU ke 14.

Setelah lebih 150 hari menerajui kerajaan campuran, Ismail Sabri membukti dirinya mampu menguruskan pandemik covid19 yang melanda negara di samping meletakkan kembali ekonomi negara dan rakyat di tempat yang sepatutnya. Malah ke arah yang lebih baik.

Inilah jalan buntu Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP, bagaimana ingin ‘kenakan’ Ismail Sabri dan kerajaan campuran pada hari ini.

Justeru pilihan yang ada kebetulannya adalah isu Azam Baki cuma Pakatan Harapan lupa bahawa rakyat negara ini sudah boleh membaca taktik busuk mereka.

Pakatan Harapan hanya menggunakan isu Azam Baki, tindakan terpilih kerana mereka cuba menutup isu Zeti Aziz berhubung wang RM700 juta di dalam akaun suaminya yang didedahkan oleh sebuah bank di Singapura.

Bukan satu kebetulan apabila Azam Baki terlibat membuka semula kes rasuah Lim Guan Eng yang melibatkan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang malah kes salah guna kuasa terhadap akaun milik pemuda PPBM oleh Syed Saddiq juga dijalankan ketika Azam Baki menerajui SPRM.

Mungkin inilah punca utama kedua watak ini menggelupur cuba membangkitkan kemarahan rakyat tentang isu Azam Baki.

Lim Kit Siang nampak begitu bersungguh cuba kenakan Azam Baki kerana dia tahu sekiranya Lim Guan Eng ke hadapan di dalam isu ini maka rakyat akan menilai Guan Eng cuba lepaskan diri.

Syed Saddiq pula terpaksa bertindak sendirian kerana beliau tiada ‘bapa’ yang boleh membantunya di saat beliau juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

Pakatan Harapan tidak menghiraukan isu ekonomi negara terganggu, isu penularan jangkitan COVID-19 malah nasib peniaga di ibukota turut terjejas teruk hari ini.

Peniaga domestik baru sahaja ingin bernafas semula setelah lebih dua tahun terhimpit dan tertekan kerana situasi virus tersebut. Tetapi Pakatan Harapan memilih kepentingan politik mereka mengatasi masalah rakyat dan negara.

Mereka akan menggunakan isu Azam Baki juga untuk menyerang pentadbiran Ismail Sabri walaupun mereka tahu ianya menuju jalan yang amat sukar kerana di awal lagi Ismail Sabri menegaskan supaya isu tersebut diserahkan kepada pihak yang berwajib.

Lim Kit Siang, Guan Eng, Syed Saddiq dan Anwar mati akal. Apa lagi isu nak jadikan alat kemarahan rakyat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.