August 15, 2022

Datuk Seri Mohamad Hasan Tampak Sudah Sedia Untuk Jadi Presiden UMNO

2 min read

Jika Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti dari menjalankan amanah kerana kes mahkamah, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan boleh mengambil alih dan menjalankan tugas-tugas Presiden menggantikan beliau.

Desas desus sudah kedengaran bahawa beliau sendiri sudah bersedia untuk mengambil alih tugas berkenaan selepas Ahmad Zahid diperintahkan oleh mahkamah untuk membela diri di atas kesnya yang melibatkan 47 pertuduhan.

Parti UMNO perlu pemimpin yang tiada kes di mahkamah supaya nampak rekod peribadinya bersih.

Walaupun Mohamad pernah disiasat SPRM berhubung dengan pemilikan banglo mewah di London beberapa tahun yang lalu dan beliau mengaku serta SPRM membuat pengesahan tiada sebarang salah laku.

Isu pemilikan banglo mewah di Seremban yang bernilai RM6 juta juga menjadi panas berikutan ada pihak cuba mempertikaikan kekayaan Mohamad.

Selagi Mohamad tidak diseret ke mahkamah, selagi itu rekod seorang pemimpin politik bersih.

Ada yang pertikai corak kepimpinan Mohamad yang lemah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah teruk di Negeri Sembilan tapi ia bukan isu besar.

Beberapa pemerhati politik berpendapat, Mohamad sudah lama bersedia dan telah mengatur langkah untuk mengambil alih jawatan presiden parti. Sejak Ahmad Zahid mula disiasat.

Dua hari lepas, Mohamad ketika berada di Mahkamah Tinggi memberikan sokongan kepada Ahmad Zahid, beliau dengan segera mengeluarkan kenyataan mewakili UMNO menyatakan UMNO akan bertanding sekurang-kurangnnya 42 kerusi di pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sepatutnya, Presiden parti yg sepatutnya membuat kenyataan sebesar itu kerana ianya melibatkan keputusan yg perlu melalui perbincangan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi. Kenapa Mohamad segera mendahului Presiden?

Jika benar pun begitu, biarlah perubahan jawatan berlaku dengan baik dan langkah UMNO ke depan lebih kuat dan kesepakatan yang jitu berdepan cabaran dari luar dan dalam parti. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.