Keputusan Ahmad Zahid Amat Penting Untuk UMNO Dalam PRN Johor
2 min read
Nampaknya pelbagai pihak kini cenderung untuk meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan sesuatu demi kepentingan parti selepas kes mahkamahnya berlarutan sehingga peringkat beliau perlu membela diri atas pertuduhan.
Desakan dan gesaan itu nampak disegerakan kerana tidak lama lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Walaupun BN menang besar sampai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, tapi suasana PRN Johor adalah amat berbeza. Saiz negeri sudah tentu amat jauh berbeza.
Ada pendapat mengatakan di Melaka, Barisan Nasional (BN) menang besar bukan kerana BN kuat tetapi kerana pengundi menghukum Pakatan Harapan yang secara terang tidak ingin menunaikan janji yang mereka buat selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Berapa kali Mahathir keluarkan kenyataan dan berdalih agar menghalalkan keengganan mereka tunaikan manifesto PH kata penganalisis lagi.
Kata penganalis, ketika itu Ahmad Zahid di luar negara mendapatkan rawatan dan kesnya belum diputuskan oleh mahkamah lagi.
Berbeza dengan senario PRN Johor. Ahmad Zahid sudah diperintah bela diri di atas 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Wujudnya prima facie terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
Landskap politik terkini juga berbeza di Johor. Di Melaka pengundi 18 tahun belum diberi hak mengundi tetapi di Johor golongan ini pertama kali diberi hak memilih.
Kecenderongan kluster terbaharu ini sukar dijangka dan UMNO BN tidak boleh merasa terlalu selesa. Perspektif mereka berpilih-pilih. Ada yang memilih berdasarkan parti dan ada yang melihat kepada siapa calon kawasan mereka.
UMNO BN ada peluang cerah untuk menang namun faktor situasi terkini presiden parti perlu diambil kira.
Presiden perlu meletakkan dirinya sama seperti ahli UMNO yang lain apabila bercakap soal perlembagaan parti.
Undur dan rehat seketika tidak hilang bisanya.
Jangan gigit jari di Johor akibat tidak jujur kepada parti.