Maszlee Dinamakan Sebagai Calon Menteri Besar Johor Oleh Pakatan Harapan
2 min readPada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Pakatan Harapan (PH) sudah membuat pilihan untuk meletakkan satu nama tunggal untuk calon Menteri Besar Johor iaitu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik.
Ia adalah satu daripada dua keputusan yang dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrhaim untuk pakatan berkenaan menghadapi PRN Johor.
Strategi yang diambil Anwar berkemungkinan kerana keputusan beberapa pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri menunjukkan PKR semakin dijauhi pengundi. Tercalar teruk imej Anwar sebagai presiden PKR dan Dap juga mula berbunyi supaya Anwar meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan juga Pakatan Harapan.
Pertama menurut sumber, Anwar dikatakan bersetuju menamakan calon tunggal MB sekiranya mereka menang di Johor.
Calon tersebut adalah ahli parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik. Beliau dikatakan bakal bertanding di kerusi Dun yang selamat baginya.
Walaupun Maszlee bukan orang lama di dalam PKR namun rekodnya bersih, kata sumber.
Isu janji tol percuma itu sudah lama dilupakan pengundi jelas sumber lagi. Tiada masalah menjadikan Maszlee sebagai ‘Poster Boy’ PKR.
Anwar tidak condong ke arah Syed Saddiq yang dikatakan mendapat sokongan DAP.
Kedua, Anwar dikatakan membuat keputusan menggunakan lambang PKR dan bukannya Pakatan Harapan walaupun DAP dan lain-lain gabungan mereka kekal menggunakan logo Pakatan Harapan.
Beberapa portal berita sudah pun memainkan berita bahawa Maszlee memang disebut akan dipilih sebagai Menteri Besar Johor jika PH menang kelak. Desas desus mengatakan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.
UMNO wajar melihat keberanian Anwar cuba memenangi hati pengundi Johor walau mereka sedar akan menemui jalan sukar.
Inilah masanya UMNO menjadikan Perdana Menteri sebagai ‘Poster Boy’ Barisan Nasional.
Apakah tiada sedikit pun nilai jawatan nombor satu negara itu kepada UMNO dan Barisan Nasional?