August 15, 2022

Inovasi Unik : Pengecas Telefon Tanpa Wayar daripada Pelitup Muka

1 min read

Sebuah syarikat di Taipei telah berjaya melakukan sebuah inovasi menarik iaitu penciptaan pengecas telefon tanpa wayar daripada bahan kitar semula pelitup muka.

Pelitup muka telah menjadi satu kewajipan kepada setiap individu ketika mereka ingin keluar rumah. Sebuah inisiatif perlu dilakukan bagi memanfaatkan semula pelitup muka yang telah dilupuskan.

Maka, wujudlah idea unik untuk menghasilkan pengecas telefon daripada pelitup muka.

Syarikat Taiwan yang dikenali sebagai Miniwiz telah mencipta sebuah mesin yang mana mampu mengubah pelitup muka menjadi pengecas telefon.

Pemprosesan unik itu berlaku apabila pelitup itu dikumpulkan dan dimampatkan sehingga menjadi plastik yang boleh digunapakai dalam pembuatan pengecas telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif, Arthur Huang berkata, sintetik fiber plastik yang terdapat pada pelitup muka itu menjadikan salah satu sebab kejayaan dalam mencipta pengecas telefon tanpa wayar tersebut.

Idea unik itu diperoleh apabila melihat keperluan manusia kepada pengecas telefon pada masa kini. Rentetan daripada itu, sebuah kajian telah dilakukan sehinggalah terhasilnya produk unik ini.

Pengecas telefon ini tidak dijual kepada orang awam, ianya hanya diberikan kepada pekerja syarikat itu untuk kegunaan seharian. Inovasi ini haruslah menjadi dorongan kepada syarikat lain untuk maju ke depan dan berdaya saing dalam membangunkan teknologi terkini.

Ia juga menggalakkan amalan kitar semula kepada masyarakat hari ini. Semoga dengan wujudnya idea-idea kreatif dan inovatif ini mampu membuka peluang yang lebih besar kepada perindustrian dalam membina kemajuan yang lebih membangun pada masa hadapan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.