September 28, 2022

Kisah Rayan berakhir dengan Pemergian

1 min read

Kisah kanak-kanak malang, Rayan Awram yang terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 32 meter berakhir dengan tragis.

Rayan Awram berusia 5 tahun dikatakan telah terperangkap di dalam perigi di perkampungan Ighran, Maghribi. Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam perigi dengan kedalaman 32 meter sejak 1 Februari lalu.

Pelbagai usaha giat dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengeluarkan Rayan. Sebuah jentera diguna pakai untuk mengorek tanah. Kamera dihantar ke dalam perigi untuk mengetahui keadaan sebenar Rayan. Pasukan perubatan bersiap sedia untuk respon misi ini.

Perigi yang berkeluasan sebanyak 45 sentimeter menyukarkan para penyelamat masuk ke sana.

Mereka berdepan dengan risiko tanah runtuh, halangan tanah yang berbatu-bata dan tanah berpasir melambatkan lagi misi menyelamat.

Kisah Rayan mendapat liputan dari seluruh dunia. Rakyat di seluruh negara menzahirkan rasa sedih dan dukacita.

Mereka berharap agar Rayan dapat diselamatkan dan kembali ke pangkuan keluarga.

Namun, berita kematian Rayan diketahui selepas media tempatan melaporkan mengenai pemergiannya.

Pihak Istana Diraja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada ibu bapa mangsa atas kehilangan putera mereka.

Satu dunia meratapi hilangnya seorang Rayan. Semoga arwah Rayan tenang di alam sana. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.