March 29, 2023

Jenazah Rayan Selamat Dikebumikan

1 min read

 

Arwah Rayan Awram, kanak-kanak Maghribi yang terjatuh ke dalam perigi telah selamat dikebumikan. Jenazah arwah adik Rayan dikebumikan di tanah perkuburan Ighran berhampiran Chefchaouen di utara Maghribi.

Ratusan orang awam memenuhi tanah perkuburan bagi menyaksikan detik terakhir jenazah disemadikan. Mereka sanggup mendaki bukit dan tanah berturap untuk hadir ke pengebumian. Mereka menunggu berjam-jam lamanya bagi memberikan penghormatan terakhir.

Menurut salah seorang penduduk kampung, beliau tidak pernah melihat sebegitu ramai orang yang hadir ke majlis pengebumian.

Orang ramai hadir memenuhi tanah perkuburan sehingga tiada ruang untuk masuk ke sana. Ada di antara mereka melihat pengebumian dari lereng bukit sambil berdiri.

Takbir ‘Allahuakbar’ dan kalimah ‘Lailahaillah’ kedengaran sepanjang jenazah dikebumikan. Dua khemah turut dipasang di hadapan rumah keluarga Rayan bagi membolehkan hadirin memberikan penghormatan terakhir.

Suasana syahdu dan sebak mengiringi sepanjang sesi itu. Semua hadirin menzahirkan rasa hiba dan takziah di atas pemergian Rayan. Satu dunia turut berkongsi rasa hiba atas kehilangan arwah Rayan.

Semoga Allah merahmati jenazah arwah Rayan. ‘Tenanglah Rayan di sana.’ Al-fatihah – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *