Lelaki Hidup Dalam Kuarantin Selama 14 Bulan, 78 Kali Masih Diuji Positif COVID-19
1 min read
Muzaffer Kayasan terpaksa menjalani hidup dikuarantin di rumah atau di hospital sejak 14 bulan lepas dan dia sudah diuji positif virus COVID-19 sebanyak 78 kali.
Seorang lelaki berusia 56 tahun dari Turki sekarang ini sudah menghabiskan masa 14 bulan lepas dalam kuarantin selepas dia diuji positif COVID-19 sebanyak 78 kali sejak kali pertama dijangkiti pada November 2020.
Muzaffer Kayasan, kini hanya duduk di hospital dan di rumahnya sejak lebih setahun dan amat terdesak untk kembali hidup normal seperti orang lain.
Selepas terkena virus korona COVID-19 pada November 2020, dia dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sehinggalah gejalanya semakin berkurangan.
Dia berjaya berdepan gejala penyakit berkenaan yang teruk tetapi virus berkenaan terus berada di dalam badannya dan setiap ujian saringan yang dijalankannya akan menunjukkan keputusan positif.
Muzaffer juga merupakan seorang pesakit leukemia dan mempunyai imuniti badan yang agak lemah yang menjejaslan kenapa tubuhnya mengandungi virus berkenaan untuk satu tempoh yang lama.
Doktor sudah memberikannya ubat untuk memperbaiki sistem imun badannya tetapi ia merupakan satu proses yang lama dan sukar untuk dijalankan.
Akibat daripada terpaksa mengasingkan diri begitu lama, ia telah menyebabkan kehidupan sosialnya terjejas kerana tidak dapat bertemu keluarga dan kawan. Dia hanya boleh bercakap dengan anak dan cucunya menerusi tingkap.
Dia tinggal bersama anak bongsu dan isterinya.
“Saya tidak mempunyai masalah selain tidak dapat menyentuh orang yang saya sayang, ia amat sukar.
“Saya juga tidak boleh divaksin kerana keadaan kesihatan saya,” katanya menurut laporan agensi berita Anadolu.
Dia kini merayu kepada pihak berkuasa untuk mencari satu jalan penyelesaian ke atas masalahnya. – SEPATAH DUA