March 23, 2023

Vaksin dan gejala AEFI

1 min read

 

Adverse Events Following Immunisation (AEFI) adalah kesan-kesan yang berlaku kepada individu selepas menerima vaksin. Simptom AEFI adalah berbeza mengikut tahap imunisasi badan seseorang.

Program Imunisasi Kebangsaan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1950. Program ini bertujuan mencegah serangan penyakit berjangkit dan melindungi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Kanak-kanak yang baru lahir disuntik vaksin bagi mengelakkan mereka terkena penyakit utama. Antaranya penyakit kancing gigi, beguk, pollo dan sebagainya. Program ini disediakan di seluruh klinik kerajaan dan diberikan secara percuma.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula apabila seluruh negara diserang dengan wabak Covid-19. Pemberian vaksin menjadi faktor utama dalam membendung penyakit ini dari merebak.

Vaksin merupakan sebuah antigen mati atau sudah dilemahkan yang disuntik ke dalam badan manusia. Badan akan bertindak balas menghasilkan antibodi dan sel-sel memori. Sekiranya jangkitan berlaku, antibodi ini akan menyerang dan mempertahankan sistem imun dalam badan.

Selepas seseorang menerima vaksin, mereka mungkin terdedah kepada gejala AEFI. AEFI ialah sebarang kesan yang diterima akibat daripada suntikan vaksin. Gejala AEFI seperti rasa letih, demam, sakit kepala dan bengkak pada tempat suntikan. Selalunya gejala ini bersifat ringan dan sembuh dalam masa beberapa hari.

Sekiranya anda mengalami AEFI yang teruk selepas menerima suntikan, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran. Moga dengan pemberian vaksin mampu melindungi kita daripada penyakit berbahaya. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *