August 15, 2022

Penyanyi Lagu Popular ‘Apo Kono Eh Jang’ Meninggal Dunia

1 min read

 

Penyanyi Mastura Domo Ismail, 65, yang dikenali dengan lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ telah kembali ke rahmatullah malam semalam.

Menurut anak Allahyarham, Ariani Mokhtar, 40, ibunya meninggal dunia di rumahnya, Taman Cheras Idaman, Kajang, Selangor. Arwah dibawa pulang dari Institut Kanser Negara (IKN) setelah doktor mendapati keadaanya semakin lemah.

Allahyarham telah menderita sakit kanser sejak beberapa bulan lalu. Doktor telah mengesahkan arwah menghidap penyakit kanser ovari tahap empat. Melihat kepada kondisi arwah yang merosot, doktor tidak menyarankan arwah menjalani kimioterapi.

Keadaan arwah diketahui bertambah teruk selepas pemergian suaminya. Arwah yang merupakan seorang balu meninggalkan dua orang anak dan dua orang cucu.

Allahyarham dimandikan dan dikafan di masjid sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Sungai Long, Kajang pada hari ini.

Arwah Mastura Ismail popular dengan lagu-lagu yang dinyanyikan loghat negeri sembilan. Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ yang dinyanyikan duet bersama ‘Ally Noor’ mencapai populariti pada era 1980-an.

Kehilangan Allahyarham Mastura Ismail dirasai oleh para peminat seni. Lagu-lagu Allahyarham Mastura akan kekal di ingatan para peminat. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.