August 12, 2022

PRN Johor : Parti Syed Saddiq Bakal Kalah Dan Hilang Wang Deposit

2 min read

Dalam kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal menjelang pada 12 Mac nanti, parti yang mendapat perhatian yang sedikit lebih ialah parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bakal membuat penampilan pertamanya bertanding pada PRN ini.

Hari penamaan calon PRN Johor telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah pada 26 Februari depan. Suasana pertandingan pada PRN negeri paling selatan Semenanjung Malaysia ini bakal menyaksikan pertembungan lebih dari dua penjuru di kesemua 56 kerusi Dewan Negeri (DUN) Johor.

Untuk PRN berkenaan, parti MUDA dikatakan hanya diberikan 6 kerusi DUN untuk bertanding dalam gabungan bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Mereka diberikan kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai yang mana kerusi sebelum ini telah disandang oleh 2 kerusi BN dan 4 kerusi (PPBM + PH).

Kerusi-kerusi yang bakal ditandingi MUDA agak susah untuk mengekalkan 6 kerusi tersebut kepada gabungan PH kerana sebelum itu 4 DUN oleh PPBM (Tenang, Puteri Wangsa, Bukit Permai, Bukit Kepong) dan 2 kerusi BN menang di Machap, Parit Raja.

Banyak pihak membuat jangkaan bahawa calon MUDA akan kalah dan kehilangan wang deposit mereka.

PH akan membuatkan Syed Saddiq mengigit jari selepas 12 Mac ini kerana percaturan yang kurang bijak dan menerima kerusi-kerusi tersebut dan di situlah Pengerusi PH memainkan peranan untuk menidakkan kerusi Menteri Besar Johor kepada MUDA nanti.

Sehubungan dengan itu BN dijangka akan mengumumkan senarai 3 hari sebelum hari penamaan calon nanti dan akan membariskan kepimpinan baharu dan muda disamping mengekalkan beberapa tokoh BN Johor daalam PRN kali ini.

Di jangka Barisan Nasional (BN) akan meletakkan semua calon di 56 kerusi DUN yang dipertandingan seluruh negeri Johor, manakala Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti MUDA juga akan meletakkan semua calon di semua kerusi.

Perikatan Nasional (PN) juga akan turut sama dalam PRN kali ini dan juga di jangka akan meletakkan semua calon di semua kerusi DUN.

Leave a Reply

Your email address will not be published.