August 12, 2022

Siapakah Pemilik Baharu Menara TM?

1 min read

 

Menara TM yang dahulunya dimiliki oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad kini dalam fasa penjualan.

Menara TM dikenali sebagai salah satu daripada mercu terkemuka negara. Bangunan ini dibina oleh Telekom Research & Development Sdn. Bhd. pada tahun 2001. Menara ini tergolong dalam 10 bangunan tertinggi di Malaysia.

Menara TM memiliki 55 tingkat dan menjadi pusat operasi syarikat Telekom Malaysia sejak awal pembinaannya. Bangunan ini menempatkan pejabat, pusat konvensional, pusat fasiliti dan kemudahan lain seperti dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik dan masjid.

Menara ikonik ini berada di lokasi yang strategik. Ia berhampiran KL Sentral, Mid Valley, Kl Eco City dan Bangsar South. Pengangkutan awam seperti perkhidmatan Lrt Kerinchi dan Universiti turut tersedia.

Pihak Telekom Malaysia Bhd sedang dalam proses memindahkan syarikat ke hartanah miliknya di Cyberjaya. Ia bertujuan meningkatkan kecekapan dan mengaplikasikan persekitaran kerja yang hibrid.

Syarikat WTW Real Estate Sdn. Bhd. (CBRE|WTW), menjadi ejen pemasaran yang menguruskan jualan Menara TM. Mereka membuka peluang kepada pelabur yang berpotensi untuk membeli bangunan itu. Pihak pelabur dikehendaki membuat penyataan minat dan bidaan tender.

Tarikh akhir jualan Menara TM adalah pada 12 tengah hari, 18 Mac 2022. Menara TM kini sedang menanti pemiliknya yang baharu. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.