September 28, 2022

UMNO Bahagian Jelebu Akan Pertahankan Kerusi DUN Machap Milik BN

1 min read

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias. UMNO Bahagian Jelebu merupakan bapa angkat bagi kerusi DUN Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. - Foto Facebook Jalaluddin Alias.

UMNO Bahagian Jelebu akan memastikan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Simpang Renggam, Johor kekal di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata untuk itu, UMNO Jelebu akan menjadi bapa angkat bagi DUN Machap.

Katanya, UMNO Jelebu akan berjuang habis-habisan bagi memastikan DUN berkenaan kekal milik BN.

“Kita sudah melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan DUN berkenaan dan sebagai bapa angkat kita yakin DUN itu akan kekal biarpun dijangka berdepan saingan sengit.

“Gerak gerak dan persiapan jentera untuk menjalankan kerja kempen menjadi keutamaan sekali gus memastikan pengundi di dua DUN berkenaan mendapat maklumat tepat berkaitan pimpinan kerajaan BN,” katanya ditemui di Simpang Pertang, semalam.

Katanya, beliau juga tidak akan mencampuri persiapan dan gerak kerja parti lain kerana yakin rakyat Johor akan membuat keputusan yang terbaik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, BN memenangi kerusi DUN Machap menerusi Abd Taib Abu Bakar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Dalam perkembangan berkaitan, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata UMNO dan BN akan tetap mengetengahkan calon muka baharu dan anak muda pada PRN Johor.

Katanya, ia adalah pendekatan yang diamalkan UMNO dan BN sebelum ini dan yakin calon berkenaan mampu membawa cabaran dan menjadi pilihan rakyat dalam PRN itu nanti.

Pelbagai strategi sudah dikenalpasti utk memenangi hati dan minda pengundi di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.