August 12, 2022

Pakatan Harapan Sebenarnya Bawah Kawalan DAP?

2 min read

Walaupun umum tahu bahawa dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), ia diketuai oleh PKR tetapi sebenarnya ia diterajui oleh parti DAP dan parti lain di dalam gabungan itu hanya sebagai boneka sahaja.

Lihat sahaja beberapa kejadian sebelum ini apabila DAP membuat keputusan atau kenyataan terlebih dahulu daripada Pengerusi PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cakap-cakap juga menyatakan bahawa hubungan DAP dan PKR serta Amanah sudah mula tidak begitu baik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak.

Kekalahan teruk mereka di kedua pilihanraya negeri tersebut menyebabkan ada suara sumbang menyerang kredibiliti Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Untuk PRN Dewan Negeri Johor, DAP dan Amanah tidak membuat sebarang perbincangan dengan PKR tentang pembahagian kerusi di negeri itu. Penyerahan enam kerusi kepada parti MUDA berlaku tanpa rundingan dengan Anwar dan nampak PKR seakan terpaksa menyerahkan kepada MUDA kerusi mereka itu.

Amanah semenangnya tidak akan berani ingkar arahan DAP selama ini. Kerusi milik Amanah yang asalnya diambil dari PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa turut diberikan kepada MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut sumber lagi, selama penubuhan Pakatan Harapan, sememangnya DAP yang mengawal dan membuat setiap keputusan penting.

Pada masa Mahathir Mohamad walaupun sebagai Perdana Menteri ketika mereka menang di PRU14 tetapi yang mengawal Mahathir adalah DAP.

Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dan menolak untuk menggunakan logo Pakatan Harapan juga isyarat jelas, Anwar tidak ingin mengikut langkah Mahathir tunduk kepada DAP.

Apa lagi DAP dilihat begitu berselera dengan parti MUDA dan tidak menunjukkan kebergantungan kepada PKR yang dipimpin oleh Anwar yang semakin hari semakin menjadi tidak relevan.

Terbaharu, DAP dikatakan bersetuju ‘mendidik’ Syed Saddiq sebagai Perdana Menteri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.