December 6, 2023

England dihantui misteri hujan ‘Burung Tiung’

1 min read

 

Selalu kita menyangka hanya air yang turun dari langit. Ada juga hujan batu yang kadang turun menyinggah bumi. Kini, muncul pula hujan ‘burung’ dari langit.

Situasi menggemparkan telah berlaku di perkampungan tepi laut, Waterston dan Hazelbeach apabila hampir 200 burung tiung jatuh dari langit.

Pengguna jalan raya berasa seram menyaksikan fenomena misteri ini. Mereka agak panik melihat kejadian yang tak disangka.

Menurut salah satu saksi kejadian, mereka seakan terdengar bunyi yang aneh sebelum burung-burung ini menghujani kawasan tersebut. Burung itu seakan keliru dan jatuh dari langit seperti hujan.

Burung-burung itu dilihat jatuh di atas jalan dan bergelimpangan. Banyak yang cedera dan mati. Darah merah dapat dilihat di merata-rata tempat.

Pihak majlis perbandaran mengesahkan kejadian berkenaan. Mereka berjaya membersihkan jalan-jalan yang dihujani dengan bangkai dan darah-darah burung.

Sebab kejadian itu masih tidak diketahui. Sumber bunyi aneh yang kedengaran juga tidak dapat dikesan. Kisah burung tiung jatuh dari langit akan kekal misteri sehinggalah tersingkap rahsia di sebalik fenomena ini. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *