March 23, 2023

Desak Hishammuddin Letak Jawatan, Guan Eng Dulu Kes Rasuah Pun Tak Letak Jawatan

1 min read

Gambar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri sekali) menyertai program di Johor yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan kompaun.

Parti DAP kalau apa sahaja ada perkara berkenaan UMNO pasti parti cauvinis itu tidak akan berpuas hati dan akan guna segala taktik serta strategi untuk mengecam UMNO.

Bukan itu sahaja, parti itu akan turut menghasut rakyat untuk mengecam UMNO.

Apa sahaja perkara kalau pada mereka boleh dijadikan isu mereka akan putar belit perkara itu sehingga ia boleh menjadi satu kepentingan untuk politik mereka.

Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh sejak dari dulu lagi terkenal dengan memutar belit fakta baru-baru ini mengecam kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan tindakan kompaun yang dikenakan ke atas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana langgar SOP pada program pelancaran Briged MIC Johor baru-baru ini.

Dikatakan kata-kata Ismail Sabri diibaratkan tidak menghormati SOP kerajaan kerana mengatakan bahawa langgar SOP bukan satu jenayah.

Perlu difahami apa konteks sebenar yang cuba disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri apabila menegaskan bahawa kompaun yang dikenakan kepada Menteri Kanan Pertahanan Dato Seri Hisyamuddin bukanlah suatu pendakwaan jenayah sepertimana dakwaan terhadap sesuatu kes jenayah bunuh, rasuah, salah laku dan seumpamanya.

DAP turut mendesak supaya Hishammuddin meletakkan jawatan kerana kesalahan itu.

Semakin lama nampak semakin terdesak DAP yang memimpin Pakatan Harapan membuat serangan melulu terhadap Perdana Menteri, UMNo dan Barisan Nasional.

Pada Mac 2016, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pun tidak meletakkan jawatan atau pun bercuti semasa siatsan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pembelian banglo RM2.8 juta olehnya yang kemudian didakwa di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *