December 8, 2023

Makanan Segera Panas Sendiri Kini Diharamkan Dalam Pesawat Malaysia Airlines

1 min read

Satu daripada contoh makanan yang ada bahan yang boleh digunakan untuk memanaskan makanan itu sendiri tanpa memerlukan dapur atau ketuhar.

Dengan pembukaan lebih banyak sempadan negara, sudah tentu lebih banyak orang akan keluar negara tidak lama lagi.

Biasanya untuk menjimatkan wang ketika di luar negara, orang Malaysia akan bawa bersama makanan segera yang boleh dimasak sendiri dengan mudah. Sekarang, ada pula makanan segera yang boleh dipanaskan sendiri tanpa perlu menggunakan ketuhar atau dapur sebaliknya hanya ditambah air sahaja.

Ada di antara makanan ini dibawa ke dalam pesawat melalui bagasi daftar masuk atau bagasi bimbit.

Sekiranya anda menggunakan penerbangan Malaysia Airlines, anda perlu tahu yang ada kategori makanan ini telah diharamkan dibawa masuk ke penerbangan, sama ada melalui bagasi daftar masuk ataupun dipegang tangan.

Menerusi pengumuman di laman rasmi, syarikat penerbangan kebangsaan itu tidak lagi membenarkan makanan yang ada ciri pemanasan kendiri (self heating meals) ataupun sebarang pek pemanas berasaskan bahan kimia.

Mereka memaklumkan yang produk-produk in ibiasanya mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk magnesium, serbu besi, karbon pepejal mudah terbakar ataupun kalsium oksida yang mengkakis.

Kesemua bahan ini boleh membebaskan gas mudah terbakar apabila bertindak balas dengan air.

Kebanyakan produk makanan dengan pek pemanas kendiri menggunakan kalsium oksida.

Sebanyak 3.1kg bahan ini bertindak balas dengan 1L akan membebaskan 3.54 MW tenaga yang cukup untuk mendidihkan banyak air. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *