August 7, 2022

Sempadan Negara Dijangka Dibuka Pada Suku Kedua 2022

1 min read

 

Pandemik Covid-19 telah melahirkan satu norma baharu dalam kalangan masyarakat seluruh negara. Rentetan itu, banyak perkara baru yang dinormalisasikan dalam kehidupan seharian. Penutupan sempadan negara turut dibuat bagi membendung wabak ini dari berleluasa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, pihaknya telah diberi tempoh selama lebih kurang dua ke tiga minggu bagi menyiapkan garis panduan (SOP) pembukaan sempadan negara.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah memberi tempoh kepada KKM untuk menyediakan garis panduan berkaitan pembukaan sempadan negara. Menteri kesihatan tersebut diminta membentangkan ‘SOP’ berkenaan kepada¬† Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19 dan Kuartet Menteri-Menteri Covid-19.

Beliau juga diminta untuk membentangkan SOP tersebut kepada Jemaah Menteri-Menteri sebelum diluluskan oleh kabinet.

Ianya bukan perbincangan dalam kementerian sahaja. Garis panduan tersebut akan dibawa dan dibincangkan ke peringkat yang seterusnya.

Ia akan mengambil beberapa masa sebelum dilaksanakan. Suku kedua tahun ini adalah tempoh yang dijangka bersesuaian untuk membuka sempadan negara.

Khairy berucap sedemikian setelah mengadakan lawatan bagi pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan sasaran (PeKa B40) di Klinik Kurnia, Batu Pahat semalam.

Pembukaan sempadan akan merancakkan kembali sektor negara. Biarpun begitu, garis panduan yang jelas sangat diperlukan untuk dipatuhi agar penyebaran wabak ini dapat dikurangkan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.