September 28, 2022

DAP Dengan Gabungan PH Akan Terus Cuba Menjatuhkan UMNO

1 min read

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung pada 26 Februari ini selepas selesai hari itu maka bermulalah pertandingan bagi mendapatkan mandat baharu untuk mentadbir kerajaan negeri Johor.

Seperti dijangka Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam diterajui oleh DAP sudah mula memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO belum pun tempoh kempen bagi PRN Johor bermula.

PH sebenarnya dipimpin oleh DAP melalui pemimpin mereka sejak dari awal penubuhan gabungan itu yang sememangnya anti BN. Apa sahaja langkah yang diambil oleh BN dan khususnya UMNO, akan dicari kesalahan dan dikritik macam-macam.

Lihat sahaja bagaimana perilaku Ahli Parlimen wakil rakyat DAP jika dalam sidang Dewan Rakyat. Bagaimana seakan-akan ada wakil rakyat sudah diberi peranan khusus untuk bangun mencelah dan membangkang apa sahaja yang diperkatakan oleh wakil rakyat dari BN.

Pada PRN Melaka sebelum ini, DAP dilihat menjalankan gerakan memujuk parti yang tidak bersama dengan UMNOd an BN supaya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri jika menang pada pilihan raya itu sebelum ini.

Walaupun keputusan pilihanraya negeri Melaka tidak memihak kepada pakatan harapan dan perikatan nasional namun usaha DAP untuk menggabungkan kesemua parti yang melawan UMNO dan BN sudah nampak kejayaannya.

Akhirnya di pilihanraya negeri Johor, DAP dikatakan sudah duduk bersama hampir kesemua parti yang membuat keputusan untuk berlawan dengan UMNO dan BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published.