August 7, 2022

New Zealand Bakal Melepasi Kemuncak Omicron

1 min read

 

Satu kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di kawasan parlimen New Zealand bagi menggesa kerajaan membatalkan arahan mengambil vaksin. Penentangan tersebut bertukar menjadi sebuah gerakan yang melawan dan memberi tekanan kepada kerajaan.

Seramai lapan orang ditangkap dalam demonstrasi itu apabila berkelakuan tidak sopan dan menghalang anggota polis melakukan tugasan.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berkata, New Zealand akan menarik semula arahan yang mewajibkan semua individu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selepas melihat kepada data dan analisis berkenaan, kerajaan akan mengurangkan arahan vaksin dan penjarakan sosial. Hal ini dibuat setelah memastikan New Zealand berjaya melepasi kemuncak varian Omicron yang kini sedang mengganas di negara-negara lain.

Virus Omicron dijangka sampai kemuncaknya di New Zealand pada pertengahan Mac hingga akhir bulan. Selepas itu, pengurangan arahan vaksin akan dikeluarkan oleh kerajaan. Sekiranya keadaan semakin baik, kita akan ada peluang untuk hidup normal seperti sediakala.

Di New Zealand, seramai 94 peratus penduduknya telah mendapatkan suntikan vaksin bagi membendung virus Covid-19. Keberkesanan vaksin ini dapat membantu mengurangkan kadar kematian kes Covid-19 dalam kalangan penduduk dunia. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.