Kerana Tahu MUDA Terima Dana, Ramai Anak Muda Angkat Kaki
2 min read
Tahukah anda, beberapa ketika sebelum hari penamaan calon semalam untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ada ramai anak muda yang menulis di media sosial mereka mengumumkan untuk menamatkan keahlian mereka bersama parti Muda yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bagi mereka, sebagai sebuah parti yang menggunakan nama singkatan Muda parti itu mesti ada hala tuju sendiri berlandaskan perjuangan anak muda dan bukan perjuangan berlandaskan kemahuan atau tajaan orang berpengaruh atau taikun.
Parti Muda nama penuhnya ialah Parti Ikatan Demokratik Malaysia dan pada awal penubuhannya ramai anak muda berebut-rebut untuk menjadi ahli tetapi selepas itu sebaliknya pula yang berlaku.
Dalam satu wawancara, presiden mereka Syed Saddiq ketika bercakap tersebut nama seorang taikun perniagaan dengan maksud taikun berkenaan menyumbang dana dan beberapa buah tablet untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan sebelum ini.
Dek kerana itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikecam hebat di media sosial kerana sebenarnya ada menerima dana politik dan bukannya atas usaha sendiri mencari dana seperti yang selalu diucapkan oleh beliau.
Aspirasi kononnya ingin mengubah negara adalah wayang semata-mata.
Gelap mata dengan duit dana politik yang diberikan oleh taikun-taikun jutawan malah ada yang sangsi, berapa jumlah kutipan dana dari orang awam sebenarnya.
Ini berikutan Syed Saddiq tergelincir lidah mengaku bahawa ahli perniagaan besar berkenaan yang menyumbang kepada pergerakan beliau selama ini dan individu tersebut juga dikatakan pendana kepada parti-parti politik lain dan individu-individu tertentu.
Kesudahannya, ramai dari orang muda yang ada semangat kini dah luntur semangatnya untuk bersama-sama dengan parti Muda dan Syed Saddiq dek kerana isu itu.