December 9, 2022

Memperjuangkan Bahasa Itu Perjuangan Bangsa

1 min read

Alhamdulillah, kejayaan itu tidak datang bergolek. Ianya harus didahului dengan usaha dan tekad. Pengorbanan merupakan tuntutan yang pasti dalam setiap perjuangan menuju kejayaan.

Memperjuangkan Bahasa Melayu di peringkat Antarabangsa merupakan cita-cita YAB PERDANA MENTERI yang telah lama tersimpan dalam diari perjuangan beliau.

Menjadi pemimpin dalam parti UMNO yang diketahui asas kemelayuannya dan Islam itu agamanya maka sekali lagi tercipta sebuah sejarah apabila universiti UMNO telah secara nyata melahirkan seorang Pejuang Melayu. Memertabatkan Bahasa itu Perjuangan Bangsa.

Tertulis dalam sejarah bahawa Perdana Menteri dari UMNO yang mewakili parti UMNO dan memperjuangkan perjuangan Bangsa dan Agama atas tuntutan perlembagaan UMNO maka hari ini Bahasa Melayu telah dimertabatkan dan dijulang oleh YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri sebagai bahasa rasmi kepada urusan rasmi kerajaan.

Berbeza jika kita pernah ingat bagaimana kita dikejutkan ada surat-surat rasmi kerajaan menggunakan Bahasa TiongHwa selama 22 bulan di bawah pemerintahan DAP/PH. Itu merupakan sejarah hitam untuk bangsa kita.

Hari ini juga kejayaan berterusan UMNO melalui pemimpinnya mengangkat kembali ke puncak tertinggi Bahasa Melayu dalam negara dan dipersada Antarabangsa.

Perdana Menteri telah memulakannya dan tugas kita seluruh rakyat bersama YAB PM untuk menyokong beliau dan sekaligus memperjuangkan Bahasa Melayu demi Bangsa dan Negara secara total dan bukannya hanya berslogan.

Semboyan telah ditiup oleh YAB PM. Tugas kita untuk gerakkan dan meneruskan perjuangan ini tanpa lagi perlu menoleh ke belakang.

Kami Bangga Menjadi Rakyat Malaysia yang Mencintai Bahasa Melayu Bahasa Ibunda di Tanahair Tercinta Malaysia.

Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad
Setiausaha Politik
Kepada YAB PERDANA MENTERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *