December 8, 2023

Banjir di Rantau Panjang Disebabkan Limpahan Sungai Golok

1 min read

 

Saban tahun, negara kita menghadapi angin monsun timur laut. Namun, Februari tahun ini menyaksikan satu fenenomena baru di mana angin monsun mengakibatkan banjir besar di beberapa buah negeri terutama di Terengganu dan Kelantan. Rantau Panjang tidak terkecuali.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, isu banjir yang berlaku di Rantau Panjang adalah disebabkan limpahan air Sungai Golok. Lima buah wilayah besar di negara jiran, Thailand mengalami banjir teruk menyumbang kepada kenaikan air Sungai Golok.

Limpahan air sungai itu ditambah faktor hujan lebat berterusan menjadi punca Rantau Panjang dilanda musibah banjir.

Tuan Ibrahim menyangkal dakwaan yang mengatakan punca banjir disebabkan Projek Fasa Satu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (Kesban).

“Projek Kesban bukanlah faktor yang menyebabkan daerah Rantau Panjang ini dilanda banjir. Bahkan, ianya sangat membantu mengurangkan air banjir naik dengan lebih cepat. Jika lembangan sungai ini tiada, banjir akan menjadi lebih teruk.”

Projek bernilai ratusan juta itu membabitkan tiga fasa pembinaan. Fasa pertama, pembinaan tembok menghalang air dari Sungai Golok dijangka siap tahun hadapan. Fasa kedua juga sudah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk diteruskan.

Sekiranya projek ini selesai, impak banjir dapat dicegah dan dikurangkan di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Tuan Ibrahim berkata, air banjir kali ini memusnahkan 6 buah rumah dan mengakibatkan kerosakan harta penduduk setempat. Kerajaan negeri akan memberikan bantuan khas dan pampasan kepada mangsa banjir. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *