March 23, 2023

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Kuala Lumpur Susulan Banjir Kilat

1 min read

 

Beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air banjir dan mengakibatkan trafik jem yang teruk. Susulan kejadian tesebut, pihak TNB mengambil keputusan menutup bekalan elektrik di kawasan yang terjejas.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan penutupan pencawang elektrik sebanyak 40 premis di kawasan yang dilanda banjir petang tadi. Tindakan itu diambil demi memastikan keselamatan para pengguna melihat kepada keadaan banjir teruk yang melanda.

Dalam laman sosial milik TNB, pihaknya memaklumkan penutupan beberapa pencawang di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang terjejas turut dilampirkan, antaranya, Bukit Aman, Jalan Bukit Bintang dan Hotel Impiana, KLCC.

Usaha menyalurkan semula bekalan elektrik akan dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Pihak TNB turut mengingatkan kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati dengan persekitaran. Pengguna diingatkan untuk menjaga keselamatan terutama ketika berada dalam kenderaan semasa banjir.

Jika ternampak tiang elektrik yang tumbang akibat banjir atau wayar terputus, boleh menghubungi pihak TNB di talian 15454. Tindakan selanjutnya akan diambil sepantas yang mungkin demi keselamatan sejagat. – SEPATAH DUA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *