Sindrom Air Mata Buaya Punca Lelaki Itu Menangis
1 min read
Seorang lelaki China yang dikenali sebagai Zhang dikatakan menghidapi sindrom ‘Air Mata Buaya’.
Penyakit ini akan menyebabkan Zhang menangis ketika makan.
Semakin lama makanan dikunyah, semakin lebat air mata yang keluar dari mata lelaki itu. Keadaan tersebut menghalang Mr.Zhang untuk makan di khalayak ramai kerana rasa malu dan takut dipandang pelik oleh masyarakat setempat.
Sindrom Air Mata Buaya dikenali juga sebagai Sindrom Bogorad. Ia adalah sindrom aneh yang berlaku apabila pesakit menangis ketika makan, minum atau menghidu bau makanan. Ia disebabkan kegagalan kelenjar yang terlibat berfungsi sebaiknya.
Menurut laman Oddity Central, beliau disahkan menghidapi sindrom tersebut selepas menjalani rawatan di hospital Wuhan.
Ketua Jabatan Oftalmologi di hospital berkenaan, Dr. Cheng Mian Chinh menerangkan, sindrom itu berlaku selepas proses pemulihan lumpuh pada wajah Mr.Zhang. Ketika sesi rawatan dan pemulihan, saraf air liurnya telah beralih arah dan menyelubungi kelenjar lakrimal (kelenjar air mata). Sepatutnya, saluran itu berada pada kelenjar submandibular (kelenjar air liur) yang membantu proses pencernaan makanan.
Kesan daripada perubahan saluran kedua-dua kelenjar, ransangan deria bau dan rasa akan menghasilkan air mata, bukannya air liur.
Penyakit tersebut telah menganggu kelenjar dalam badan Mr.Zhang berfungsi. Ia mengakibatkan sindrom ini berterusan berlaku. Air matanya menitis ketika makan terutama pada mata kirinya.
Sindrom Air Mata Buaya mungkin pulih dengan bantuan pembedahan. Mr.Zhang telah memilih melakukan pembedahan bagi merawat penyakit tersebut dan kondisinya semakin baik selepas pembedahan berjaya dilakukan. – SEPATAH DUA