August 7, 2022

Tuduhan Ke Atas Ismail Sabri Berkempen Untuk Pemilihan UMNO Pada PRN Johor Tak Berasas

1 min read

Zamil Ibrahim.

 

Membaca satu hantaran yg ditulis oleh Zamil Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen untuk pemilihan parti UMNO sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu tuduhan bodoh dan berniat jahat.

Kalau kita selidik elok-elok siapa Zamil? Beliau buat dakwaan seolah-olah beliau sentiasa ada bersama Ismail Sabri sepanjang kempen Barisan Nasional (BN) di negeri Johor.

Sepatutnya Zamil mengajak seluruh kepimpinan UMNO Johor berterima kasih kerana Ismail Sabri yang kerap turun ke segenap pelusuk Johor untuk membantu calon-calon BN.

Menuduh DS Ismail Sabri berkempen untuk pemilihan parti merupakan agenda kurang baik yang dilaksanakan Zamil oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan dan sambutan seluruh jentera BN kepada Perdana Menteri yang juga dari BN.

Apakah Zamil cuba bekerja untuk musuh UMNO? APAKAH Zamil sedang menjalankan tugas musuh UMNO untuk memecahkan kekuatan UMNO/BN?

Sepanjang lawatan dan turun padang Ismail Sabri di Johor beliau diiringi oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad di setiap program bersama jentera.

Ismail Sabri dengan konsisten mengingatkan jentera agar memenangkan kesemua calon UMNO dan BN dalam PRN kali ini.

Tidak ada sepatah perkataan yg keluar dari mulut DS Ismail Sabri berkaitan pemilihan parti atau soal PRU15. Ini merupakan tuduhan tak berasas dan berniat jahat.

Apakah bentuk serangan sebegini terhadap kepimpinan UMNO boleh diterima tatkala semua pemimpin UMNO sedang berusaha siang malam utk memenangkan BN di Johor?

Apakah ini bentuk sabotaj pihak-pihak tertentu untuk mengalahkan BN di PRN Johor?

Leave a Reply

Your email address will not be published.